Terjemah kemarahan terhadap Anwar melalui undi

#PRU15

Terjemah kemarahan terhadap Anwar melalui undi

Anggota tentera perlu menterjemahkan rasa tidak puas hati mereka berhubung dakwaan berunsur fitnah oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, dakwaan Anwar itu bukan sahaja meragui integriti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) malah mencalar kredibiliti pasukan.



“Saya sebenarnya marah dan maklum balas yang diterima daripada ATM pun beritahu ramai anggota kita marah (dengan dakwaan Anwar).

“(Jadi) terjemahkan kemarahan tersebut kepada sokongan untuk BN pada hari pengundian nanti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan walkabout di Tapak Pasar Malam dan Harian Kamunting di sini hari ini.

Menurut Hishammuddin, tuduhan sebarangan Presiden PKR itu bukan sahaja membangkitkan kemarahan warga tentera malah orang ramai.

Terdahulu, Anwar dalam ceramah di Kuala Nerus, Terengganu mendakwa ada anggota tentera dalam Parlimen Bera di Pahang sudah melaksanakan undi awal dan mereka dibayar RM300 setiap seorang. K Online



Terjemah kemarahan terhadap Anwar melalui undi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]



Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker