Wanita dibelasah kekasih selepas ajak berkahwin

Seorang lelaki memukul kekasihnya yang meminta dia berkahwin dengan wanita itu, Rabu lalu. – News18

NEW DELHI – Seorang lelaki di negeri Madhya Pradesh, India membelasah teman wanitanya yang berusia 19 tahun selepas gadis berkenaan meminta untuk mengahwininya lapor portal berita India Today semalam.

Lelaki yang dikenali sebagai Pankaj Tripathi, 24, itu telah diberkas manakala video kejadian yang didakwa berlaku Rabu lalu tular di platform media sosial.

Menurut seorang pegawai polis, Naveen Dubey, maklumat awal menunjukkan lelaki dalam video itu ialah penduduk kampung Dhera di kawasan Mauganj.

Suspek dan mangsa dikatakan sedang menjalin hubungan cinta sebelum mangsa dibelasah selepas berlaku pertengkaran antara mereka berdua.



Dalam video yang sama, mangsa meminta tertuduh mengahwininya dan lelaki berkenaan pada mulanya dilihat mempamerkan riak wajah menjengkelkan, sebelum mula menendang serta menampar mukanya berulang kali.

Suspek pada awalnya ditahan di bawah seksyen 151 iaitu atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam tetapi dibebaskan kerana mangsa enggan membuat sebarang aduan terhadapnya.

Bagaimanapun, apabila video serangan itu tersebar, kes di bawah seksyen 323 iaitu mendatangkan kecederaan secara sukarela dan peruntukan lain Kanun Keseksaan India yang berkaitan telah dikenakan terhadap suspek.

Mangsa juga membuat aduan terhadap orang yang merakam kejadian tersebut dan menyebarkan video itu. – AGENSI



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker