Bacaan Qunut Nazilah selepas solat fardu di masjid seliaan Jakim, Jawi

Bacaan Qunut Nazilah selepas solat fardu di masjid seliaan Jakim, Jawi

Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) mengarahkan masjid utama di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk membaca doa Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu bermula hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar dalam kenyataan berkata masjid terlibat ialah Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.



Turut diminta untuk melaksanakan perkara yang sama ialah masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Marilah bersama-sama kita terus bersatu hati berdoa agar Allah memberikan kesejahteraan dan keamanan buat rakyat Gaza di Palestin.

“Selain itu, kita terus menghulurkan bantuan dan sokongan dalam pelbagai platform menyatakan solidariti kepada rakyat Gaza, Palestin,” katanya. Awani

Bacaan Qunut Nazilah selepas solat fardu di masjid seliaan Jakim, Jawi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan



Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)



RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker