Gesaan darurat tidak dilanjutkan selepas 1 Ogos

Gesaan darurat tidak dilanjutkan selepas 1 Ogos. Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa tempoh darurat tidak dilanjutkan selepas 1 Ogos.

Dalam kenyataan bersama, PH berkata, perintah darurat yang dilaksanakan sejak 11 Januari lalu tidak memberi kesan kepada usaha mengekang penularan pandemik Covid-19 dan perlu ditamatkan segera.

“Malah berdasarkan bukti sains dan data, keadaan pandemik semakin meruncing dan bertambah teruk sejak darurat diisytihar dengan jumlah kes positif dan kematian harian kekal tinggi,” menurut kenyataan itu.



Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Dalam pada itu, mereka berkata, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat akan mengadakan mesyuarat terakhir Julai ini.

Katanya, pada mesyuarat itu wakil PH akan menegaskan bahawa jawatankuasa perlu akur pandangan Raja-raja Melayu berhubung isu darurat.

“Menerima bukti sains dan data bahawa darurat tidak memberi kesan kepada usaha pengawalan pandemik Covid-19 dan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk tidak melanjutkan darurat selepas 1 Ogos 2021.



“Jawatankuasa Khas Bebas Darurat juga akan tamat fungsinya dan terbubar selepas 1 Ogos 2021,” katanya.

Gesaan darurat tidak dilanjutkan selepas 1 Ogos


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 




Mahkamah beri Hamzah 14 hari putuskan pendaftaran Pejuang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker