17,476 kes baru, 30 lagi korban Covid-19

Sebanyak 17,476 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 4,219,395 kes.

Jumlah kes aktif sebanyak 206,980, turun 26.9 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru mengikut negeri:



  • Selangor (10,623)
  • WP Kuala Lumpur (1,191)
  • Perak (788)
  • Pulau Pinang (730)
  • Sarawak (648)
  • Johor (623)
  • Negeri Sembilan (588)
  • Kedah (529)
  • Pahang (496)
  • Melaka (439)
  • Sabah (270)
  • Terengganu (229)
  • Kelantan (178)
  • WP Labuan (56)
  • WP Putrajaya (56)
  • Perlis (32)

Sebanyak 30 lagi kematian dilaporkan, dengan lima kes meninggal dunia di luar hospital (BID).

Sejak minggu lepas, purata 42.4 orang dilaporkan meninggal dunia manakala purata untuk 30 hari pula sebanyak 69.1 kes kematian, yang menunjukkan aliran menurun.

Terdapat 2,235 laporan kematian bulan lepas dan 770 kematian pada bulan Februari.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,013 kematian akibat Covid-19 direkodkan.



Johor menjadi negeri dengan kes kematian tertinggi dengan lapan kes, diikuti Negeri Sembilan (4), Kedah (3), Melaka (3), Perak (2), Perlis (2), Sarawak (2), Kelantan (1), Pahang (1), Pulau Pinang (1), Selangor (1), WP Kuala Lumpur (1), WP Labuan (1).

Seramai 4,177 pesakit Covid-19 yang sedang menerima rawatan di hospital dengan 263 orang sedang mendapat rawatan rapi.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun



Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker