Setiausaha politik bekas menteri kanan ditahan rasuah projek RM80 juta bersama seorang lagi

Setiausaha politik bekas menteri kanan ditahan rasuah projek RM80 juta bersama seorang lagi

Dua individu termasuk bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri kanan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bagi projek bernilai RM80 juta membabitkan sebuah kementerian.

Mereka ditahan jam 11 malam tadi ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.



Sumber berkata, projek itu membabitkan percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta membabitkan sebuah kementerian secara rundingan terus.

“Suspek pertama berusia dalam lingkungan 20-an yang juga bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri kanan manakala suspek kedua ialah pemilik syarikat berusia lewat 50-an.

“Mereka dipercayai bersubahat dengan bekas menteri kanan itu meminta dan menerima rasuah melalui syarikat suspek kedua daripada kontraktor sebagai balasan meluluskan projek percetakan buku secara rundingan terus,” kata sumber itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Sri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.



Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, BH difahamkan Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Nur Adilah bt Halid pagi tadi membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman kedua-dua suspek selama empat hari bermula hari ini hingga 26 September 2023.

Sebelum ini media melaporkan seorang ketua penerangan parti meminta SPRM menyiasat kontroversi membabitkan seorang menteri kanan kerajaan terdahulu.

Ia dikatakan membabitkan isu pemberian kontrak penyelenggaraan sekolah serta pencetakan buku J-Qaf.



Menteri itu didakwa memperoleh dana daripada individu berpangkat Datuk yang membolot semua projek penyelenggaraan sekolah. BH

Setiausaha politik bekas menteri kanan ditahan rasuah projek RM80 juta bersama seorang lagi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku



Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker