PRN Johor: Sidang Parlimen Jadi Pentas Ceramah Politik Murahan

Oleh Megat Terawih

Apabila sidang parlimen mula dipertontonkan secara langsung maka ada ahli parlimen yang kononnya bijak mengambil peluang untuk mempromosi diri.

Ada yang cuba sebaik mungkin untuk menunjuk-nunjuk bahawa merekalah hebat berhujah berhubung sesuatu isu sedangkan yang sebenarnya bukan berhujah tetapi berceramah.



Sidang parlimen baru bermula bagi penggal yang baharu dan nampaknya ahli parlimen PAS cuba menggunakan isu pengeluaran one-off KWSP sebagai modal populis. Mungkin ini strategi menarik pengundi di Johor sempena pilihanraya negeri di sana.

Cubaan untuk menjadi hero rakyat melalui isu pengeluaran KWSP nampaknya memakan diri.

Siapa tidak kenal ketua pemuda PAS Malaysia yang juga ahli parlimen dari Kelantan itu. Sebelum ini beliaulah ahli parlimen paling menentang cadangan tersebut yang dibawa oleh bekas perdana menteri, Najib Razak.

Beliau menyelar Najib Razak dan sesiapa sahaja yang menyokong idea dan usaha meminta kerajaan meluluskan pengeluaran KWSP demi menghadapi kelangsungan hidup akibat pandemik covid19 yang melanda negara.



Bagaikan hilang akal ketua pemuda pas pusat yang juga ahli parlimen tersebut menyanggah desakan pengeluaran itu dengan mengatakan ianya amat-amat mustahil umpama meminang Puteri Gunung Ledang.

Tiba-tiba semalam beliau bangun di dalam dewan parlimen dengan membawa sekeping kertas yang didakwanya surat memorandum dari NGO yang begitu perihatin merayu supaya kerajaan meluluskan pengeluaran akhir one-off KWSP.

Adakah beliau tidak lagi mempunyai perasaan malu? Hinakah dirinya kalau menyokong idea Najib Razak tersebut?

Kedua, modal populisnya turut menerima kecaman netizen apabila cuba mengandaikan bahawa ada menteri kabinet yang menghalang agar pengeluaran iti tidak diluluskan?



Nampak niat jahat ahli parlimen pas daripada kelantan itu kerana beliau sendiri sedia makluk adanya menteri dari Pas yang turut berada di dalam kabinet Ismail Sabri.

Pilihanraya negeri Johor amat penting untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil. Bukannya tertubuh dari gabungan parti yang sentiasa mencari jalan menipu dan memperbodohkan rakyat.

Bangsa Johor, tolak parti yang tiada tawaran terbaik untuk rakyat kecuali untuk kantung mereka dan gabungan mereka sahaja.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker