AS tolak rayuan wujudkan zon larangan terbang Rusia di Ukraine

Helikopter penyerang Mi-24 bersiap sedia untuk pertempuran di Ukraine, kelmarin. – Khidmat Akhbar Kementerian Pertahanan Rusia/ EPA-EFE

KIEV – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mendesak Barat mempertimbangkan pelaksanaan zon larangan terbang bagi pesawat Rusia di ruang udara Ukraine, lapor laman berita JapanTimes hari ini.

Desakan itu dibuat selepas Kremlin mengebom bandar kedua terbesar di negara itu, Kharkiv. Pengeboman berlaku selepas Amerika Syarikat (AS) dan sekutu Barat mengumumkan sekatan baharu lebih ketat ke atas Moscow.

Rusia berdepan pengasingan antarabangsa yang semakin meningkat kerana pencerobohannya ke atas Ukraine, manakala rundingan gencatan senjata antara kedua-dua pihak semalam gagal mencapai kata sepakat.

Dalam satu ucapan video, Zelenskyy berkata,  sudah tiba masanya untuk menyekat peluru berpandu, pesawat dan helikopter Rusia dari ruang udara Ukraine.

“Rundingan adil boleh berlaku apabila satu pihak tidak menyerang pihak lain dengan artileri dan roket ketika dialog diadakan,” kata Zelenskiy.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan bagaimana dan oleh siapa zon larangan terbang itu akan dikuatkuasakan.

Dalam pada itu, AS menolak menghantar tentera untuk memerangi Rusia dengan pegawai-pegawai Pentagon menyuarakan kebimbangan mengenai ketegangan yang semakin meningkat antara dua kuasa nuklear terbesar dunia itu.

“Zon larangan terbang memerlukan pelaksanaan khas.

“Tindakan sedemikian memerlukan kerahan tentera AS untuk menguatkuasakan pelaksanaannya yang berisiko mencetuskan konflik secara langsung dengan Rusia.

“Ia adalah situasi yang perlu dielakkan kerana kami tidak merancang menjadi sebahagian daripada perang ini,” ” kata Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki mengenai permintaan Zelenskyy. – Agensi

AS tolak rayuan wujudkan zon larangan terbang Rusia di Ukraine


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker