PRN Johor: Elaun semua ADUN diteruskan jika BN diberi mandat

Hasni menunjukkan manifesto yang diberi nama Ikhtiar BN sambil diperhatikan oleh Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sempena majlis Pelancaran Ikhtiar BN Johor di Pejabat Badan Perhubungan Umno Negeri Johor disini. – RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Peruntukan tahunan RM200,000 kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini akan terus dilaksanakan sekiranya Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, elaun tersebut melibatkan semua ADUN tanpa mengira sama ada mereka kerajaan mahupun pembangkang.

“Tidak kiralah sama ada wakil rakyat pembangkang atau wakil rakyat kerajaan, asasnya harus serupa, mereka menerima elaun sama.

“Sewajarnya sedikit peruntukan untuk projek-projek kecil bagi semua kawasan di 56 DUN harus diberikan kepada wakil-wakil rakyat,”katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Ikhtiar BN di sini hari ini.



Mengulas lanjut, Hasni berkata, keputusan menyelaraskan itu juga merupakan satu transformasi yang boleh mengukuhkan semak imbang kepada sesebuan kerajaan demokrasi.

Katanya, tidak guna ada pembangkang yang hanya ‘yes man’, bersetuju sahaja dengan apa kerajaan lakukan.

“Pembangkang tetap pembangkang, wakil rakyat di sebelah kerajaan akan terus merancang, teris merangka program-program yang ditetapkan

“Sementara di pihak pembangkang sewajarnya menjadi ‘check and balance’ sama ada dari segi bajet kerajaan dan rundingan menyentuh tentang dasar,”ujarnya. -KOSMO! ONLINE.




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]



Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)



PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker