Demi berebut pengaruh, nyawa rakyat dipertaruh – Mufti Perlis

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd. Asri Zainul Abidin menyindir tindakan ahli politik yang sanggup mementingkan diri sendiri demi kepentingan kuasa sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa rakyat ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

Menerusi Facebook miliknya, beliau berkata, ketika ini ahli-ahli politik sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik.

“Bagi membuktikan ketulusan mereka dalam berpolitik merebut pengaruh, nyawa rakyat pun mereka sanggup bertaruh.

“Bagi membuktikan keikhlasan mereka berpolitik mengharungi badai, nyawa rakyat pun mereka gadai.



“Bagi membuktikan keluhuran untuk politik mereka kekal megah, nyawa rakyat pun mereka jual dengan murah,” tulisnya.
Ketika ini, kes positif Covid-19 semakin meningkat selepas Pilihan Raya Negeri Sabah yang menyebabkan ahli politik menjadi sasaran netizen sebagai penyumbang kes wabak itu.

“Benar, kebanyakan orang politik jujur untuk kepentingan diri mereka. Sekalipun memusnahkan diri orang lain..apa warna, apa slogan, apa sepanduk, apa seruan, apa dalil, apa gelaran, apa lambang, apa jenama.

“Sikap kebanyakan mereka hampir sama,” katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah mengumumkan negara mencatatkan 287 kes baru Covid-19 dalam tempoh 24 jam.



Jumlah itu merupakan tertinggu sejak wabak itu menular di negara ini. MG

Najib sindir Khalid ‘hilang’ pada saat krisis air Selangor



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker