Bayi perempuan mati ditembak bapa sendiri

 

JAQUARI Bennett maut ditembak oleh bapa, Darian Javaris Bennett. – Twitter

 

WASHINGTON – Seorang bayi perempuan berusia setahun di Amerika Syarikat dilaporkan maut selepas pihak berkuasa mengeluarkan amaran dia dikhuatiri diculik oleh bapa kandungnya, lapor saluran berita NBC News.

Biro Siasatan Negeri Georgia mengesahkan kematian Jaquari Bennett pagi kelmarin. Pejabat Sherif Daerah Newton bagaimanapun akan meneruskan siasatan kes itu.

Seorang kakitangan pejabat sherif memberitahu saluran televisyen WXIA yang merupakan sekutu NBC bahawa bayi itu ditembak mati oleh bapanya, Darian Javaris Bennett sebelum dia bertindak membunuh diri.

Bennett juga dipercayai membunuh ibu Jaquari sebelum menculik mangsa, lapor WXIA.

Pejabat Syerif Daerah Newton tidak  menjawab permintaan untuk mendapatkan komen berhubung kes tragis itu daripada saluran berita NBC News kelmarin.

Amaran kecemasan dikeluarkan untuk Jaquari selepas pihak berkuasa melaporkan bahawa dia diculik pada Sabtu lalu.

Amaran itu mengenal pasti Bennett berpotensi menjadi penculiknya dan menaiki kereta Honda Accord 2000.

Bayi itu dipercayai berada dalam situasi bahaya melampau, jelas amaran itu. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]

Anna Jobling jual wajah cantik?

Video pra perkahwinan Sofyank ‘another level’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker