Aminuddin ganti Anwar di Port Dickson

#PRU15

Aminuddin ganti Anwar di Port Dickson

Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, dikatakan hampir pasti akan diletakkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi mempertahankan kerusi parlimen Port Dickson.

Kerusi itu sebelum ini disandang Presiden PKR, Anwar Ibrahim, namun dia diperkirakan untuk bertanding di kawasan Tambun, Perak dalam pilihan raya umum (PRU) pada 19 Nov ini.

Dihubungi Malaysiakini, satu sumber dalaman PKR mengesahkan perkara itu hari ini.

“Nama dia telah dimuktamadkan selepas presiden PKR telah membuat keputusan untuk bertanding di parlimen Tambun.

“Anwar merupakan pemimpin heavyweight. Maka, kami percaya Aminuddin merupakan orang paling sesuai menggantikan Anwar di Port Dickson,” katanya.

Menurut sumber terbabit, Anwar akan mengumumkan pencalonan naib presiden PKR itu dalam masa terdekat.

Selepas spekulasi mengenainya diperkatakan selama berminggu-minggu, Anwar yang juga pengerusi PH semalam mengesahkan dia bakal bertanding kerusi parlimen Tambun dalam PRU ke-15 nanti.

Sambil mengucapkan “selamat tinggal” buat Port Dickson, Anwar membuat pengumuman itu pada Konvensyen PH di Pusat Konvensyen Ipoh malam tadi.

Penyandang kerusi Sikamat

Anwar merupakan ahli parlimen Permatang Pauh sejak tahun 1982 hingga 1995 sebelum hilang kelayakan apabila disabitkan dengan tuduhan salah guna kuasa pada 1999.

Dia memenangi semula kerusi tersebut pada pilihan raya kecil (PRK) pada 2008 dan mempertahankannya pada PRU 2013 sebelum hilang kelayakan kali kedua kerana kes liwat kedua.

Pada Okt 2018, Anwar – yang mendapat pengampunan diraja – kembali semula ke arena politik secara aktif dan memenangi kerusi parlimen Port Dickson menerusi PRK yang diadakan di situ.

Aminuddin merupakan penyandang kerusi DUN Sikamat sejak 2008.

Dia mengangkat sumpah sebagai menteri besar Negeri Sembilan pada 2018, susulan PH menang 20 kerusi daripada jumlah 36 DUN yang ditandingi.

Sementara itu, bagi calon BN, gabungan itu dipercayai akan mempertaruhkan pemimpin MIC kali ini.

Kawasan parlimen dikenali sebagai kerusi campuran itu mempunyai kira-kira 108,000 pengundi dengan 43 peratus daripadanya merupakan Melayu diikuti Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain (2 peratus). Mk

Aminuddin ganti Anwar di Port Dickson


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker