Kontena terbang RM5 bilion


Kontena terbang RM5 bilion

Isu rokok seludup di Malaysia bagaikan tiada berpenghujung, malah semakin serius dengan mencapai sehingga 12 bilion batang setahun membabitkan anggaran kerugian RM5 bilion bagi tempoh sama.

Di mana silapnya? Adakah sindiket semakin licik? Atau kurangnya tindakan penguatkuasaan pihak berkuasa? Atau ada pihak berkuasa bersekongkol dengan sindiket?

Mengulas persoalan itu, sumber keselamatan yang ditemui di sini, berkata, antara sebab kebanjiran rokok seludup di Malaysia adalah gabungan faktor kelicikan sindiket, penguatkuasaan lemah dan turut didalangi ‘orang dalam’ yang membantu melicinkan kegiatan haram itu.



Sebagai contoh, katanya, muslihat sindiket dengan mengubah suai kontena untuk melepasi Zon Perdagangan Bebas (FCZ) dengan menyeludup rokok daripada kontena diubah suai itu.

“Treler membawa kontena diisytiharkan kosong itu dengan mudah melepasi pintu pagar kawalan keselamatan dengan bantuan kakitangan ditugaskan untuk mengawal kawasan zon bebas berkenaan.

“Sebenarnya, sebahagian ruang kontena itu yang hampir dengan bahagian depan pemandu diubah suai untuk disembunyikan rokok seludup terbabit.

“Kira-kira suku daripada keluasan kontena dibuat seperti dinding hadangan.



“Jika polis bantuan buka pintu kontena dari belakang akan melihat kontena itu seperti kosong dan ia akan diisytiharkan ‘kosong!’ untuk pagar keselamatan dibuka bagi membolehkan kenderaan itu keluar dari kawasan bebas cukai untuk meneruskan perjalanannya.

“Modus operandi ini disebut sebagai ‘kontena terbang’,” katanya mendedahkan kepada Skuad Khas Harian Metro dalam pertemuan di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, treler yang membawa kontena terbang itu kemudiannya menghantar rokok seludup ke gudang di luar kawasan FCZ sebelum rokok diedarkan dengan kenderaan lain.

Modus operandi itu, dakwanya, sebenarnya ada membabitkan polis bantuan dan pengawal keselamatan di FCZ yang bersekongkol dengan sindiket.



Selain itu, katanya, modus operandi berkaitan ialah dengan memanipulasi penggunaan borang ikrar di zon bebas atau gudang berlesen untuk penyimpanan transit barangan sebelum dihantar semula ke luar negara.

“Pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ada borang K1 hingga K9. Ada satu borang dinamakan Borang K8, kebenaran barangan untuk transit sahaja di sini, sebelum dieksport kembali ke negara lain. Tidak boleh diedarkan di pasaran tempatan.

“Tetapi, masalahnya sindiket menggunakan kebenaran untuk K8 itu masuk ke kawasan bebas cukai.

“Selepas itu, borang sahaja pergi sedangkan barangan transit termasuk rokok masih kekal berada dalam negara yang akan dikeluarkan sedikit demi sedikit.



“Istilahnya bagi penyalahgunaan K8 ini pula adalah ‘borang terbang’,” katanya.

Beliau berkata, kebiasaannya di negeri bersempadan Thailand, rokok diisytihar pada K8 itu untuk dihantar ke negara itu namun sebaliknya hanya borang sahaja pergi di pemeriksaan pintu keluar negara untuk dicop.

Untuk mengesahkan dakwaannya, Skuad Khas Harian Metro membuat tinjauan di pekan Danok di sini, mendapati rokok murah seludup seperti dijual di Malaysia tiada di pasaran selatan Thailand itu.

Selain itu, sumber keselamatan itu mengakui usaha kerajaan menempatkan mesin pengimbas untuk mengesan aktiviti mencurigakan termasuk penyeludupan rokok adalah sesuatu yang bagus namun amat malang ia dimanipulasikan sindiket.



“Scanner (mesin pengimbas) lagi jahanam. Contohnya di pintu masuk negara di Johor dari Singapura, scanner dipadamkan dengan sindiket bayar antara RM12,000 hingga RM14,000 untuk treler atau lori membawa rokok seludup merentasi Tambak Johor atau LinkKedua.

“Syif (kakitangan) yang terbabit dalam tempoh itu juga padamkan scanner berkenaan dengan alasan kononnya rosak,” katanya. HM

Kontena terbang RM5 bilion

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Barang’ nampak terjojol, Putera Muhammad minta maaf

Sophia AlBarakbah berang, nama dipetik goda suami orang lagi

Bapa jumpa semula anak diculik selepas cari selama 22 tahun

Yasmin Hani posing pakai swimming suit, netizen tegur patut bersyukur pada Allah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker