Tumpu kepada dasar pelaburan, kestabilan politik – tokoh perniagaan

Tumpu kepada dasar pelaburan, kestabilan politik – tokoh perniagaan

Malaysia harus lebih tegas dalam dasarnya dan meningkatkan kestabilan politik untuk menarik pelaburan yang dapat memacu pertumbuhan dan pemulihan ekonomi, menurut Dewan Perdagangan Amerika-Malaysia (Amcham).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siobhan Das berkata, walaupun Malaysia tetap menjadi destinasi pelaburan yang menarik, terutamanya bagi pelaburan dari Amerika Syarikat, negara ini perlu menjadi tegas untuk menarik pelaburan bernilai tambah.

“Ini termasuk isu kelestarian alam sekitar dan (tenaga) buruh, dan pelaksanaan undang-undang mempromosikan perdagangan dan perkhidmatan digital,” katanya pada sebuah mesyuarat rundingan dengan Majlis Penasihat Perniagaan Asean (Asean-BAC) Malaysia.

Mesyuarat berkenaan diadakan untuk membincangkan usaha negara dalam menarik pelaburan langsung asing dari Amerika Syarikat dan komuniti perniagaannya.

Ahli Asean-BAC, Raja Singham berkata, negara ini memerlukan tenaga kerja digital yang lebih kuat jika ingin mengembangkan industri digitalnya.

Tambahnya, tenaga kerja negara dapat berkembang jika diberi persekitaran, platform dan latihan yang tepat.

Mesyuarat itu juga menyentuh isu kestabilan politik, dialog berterusan antara sektor awam dan swasta, dan ratifikasi perjanjian perdagangan seperti Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Pengerusi Royal Selangor Yong Poh Kon, yang juga ahli Asean-BAC, berkata ratifikasi CPTPP dapat menjadi “sauh” dan pemangkin kepada perubahan kerana peruntukannya akan mengenakan pelbagai standard yang mesti dipatuhi sektor awam dan swasta.

Pengerusi Asean-BAC Munir Majid berkata, majlis itu, serta perniagaan asing, bimbang mengenai pergolakan politik di negara ini, di kala krisis yang belum pernah dilihat sebelum ini akibat wabak.

“Kami menjadi wakil perniagaan, malah menyatakan pandangan peribadi. Namun, daya tarikan Malaysia bagi pelaburan asing kekal dan dapat ditingkatkan.

“Kami berharap dengan kerajaan baharu dan persefahaman dengan pembangkang, akan tercetus kelegaan yang sangat diperlukan bagi negara untuk benar-benar serius demi manfaat ekonomi,” katanya.

Seorang lagi ahli panel, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Serantau Majlis Perniagaan AS-Asean Michael W. Michalak berkata, dialog awam-swasta yang berterusan diperlukan untuk memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik. FMT

Tumpu kepada dasar pelaburan, kestabilan politik – tokoh perniagaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker