Menyanyi hibur pemandu tersangkut dalam kesesakan

Menyanyi hibur pemandu tersangkut dalam kesesakan

Pontian: Bagi menghiburkan pemandu jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan, Mohd Razzuan Rosli atau mesra disapa Razz menyanyi sambil bermain gitar di tepi jalan di Kampung Sungai Besar, Benut, di sini.

Gelagat Razz menyanyi dan bermain gitar turut dikongsikan pemuda berkenaan menerusi TikTok dan Instagram (IG) miliknya, Razzuan Rosli.

Menurut Razz, idea itu tercetus daripada ibunya, Haslina Bachok, 57, yang melihatnya kerap menyanyi di dalam rumah.

Anak sulung daripada tujuh beradik itu pada awalnya malu untuk berbuat demikian namun dia cuba atasi perasaan berkenaan dengan niat berhibur.

“Saya lakukannya pada hari raya kedua yang lalu dari jam 5 petang hingga 7 malam.

“Ikutkan memang malu tetapi saya lakukan kerana memikirkan tiada yang akan dengar nyanyian saya dengan jelas memandangkan tidak gunakan mikrofon pun.

“Pelbagai lagu saya nyanyikan termasuk lagu raya dan saya tidak sangka terima maklum balas positif pemandu apabila mereka membuka tingkap dan membunyikan hon ketika melalui jalan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Lebih membuatkan Razz terharu apabila ada pemandu yang memberikan duit raya kepadanya sebagai tanda sokongan dan terima kasih kerana menghiburkan mereka.

“Memang ada beberapa pemandu berhenti dan menghulurkan duit raya.

“Ada juga pemandu yang mahu berhenti lama tetapi tidak dapat kerana perlu bergerak ke hadapan supaya tidak menghalang laluan kenderaan di belakang.

“Saya terharu dengan sokongan orang ramai dan tak sangka pula ada yang sempat rakam video hingga tular di TikTok serta laman sosial,” katanya yang juga graduan Diploma Grafik di Management and Science University (MSU), Shah Alam, Selangor.

Razz berkata, dia memang gemar menyanyi cuma rezekinya lebih kepada lakonan selepas menyertai program Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada 2019.

“Ada beberapa tawaran berlakon diterima selepas DFKL 2019 dan yang terbaru adalah drama Scammer 2 yang kini ditayangkan di saluran Astro Ria.

“Akan datang saya akan mengeluarkan ‘single’ bergenre Rock Balada pula dan ia adalah percubaan sulung dalam bidang nyanyian,” katanya. HM

Menyanyi hibur pemandu tersangkut dalam kesesakan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker