Mayat reput tanpa kepala ditemui di Rantau Abang

DUNGUN: Pengunjung pantai Rantau Abang, dekat sini, dikejutkan dengan penemuan mayat reput tanpa kepala terdampar di tepi pantai kira-kira jam 5.15 petang tadi

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir, berkata sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan itu.

Menurutnya, setakat ini, identiti mayat terbabit belum dapat dikenal pasti berikutan keadaannya yang sudah mereput.



“Pihak kami percaya mayat terbabit adalah seorang lelaki namun usia mangsa belum dapat dikenal pasti.

“Pihak polis percaya mayat terbabit dihanyutkan arus sebelum dipukul ombak naik ke daratan,” katanya.

Maizura berkata, mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

Polis memohon kerjasama orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya tampil menghubungi pihak polis.



“Kita percaya mayat ini meninggal dunia lebih satu atau dua minggu berdasarkan keadaannya yang reput dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)



Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker