Juruteknik mekanikal maut tersepit ‘conveyor’ di kilang simen

Juruteknik mekanikal maut tersepit ‘conveyor’ di kilang simen

IPOH: Seorang juruteknik mekanikal maut akibat cedera parah selepas tersepit pada mesin conveyor (tali sawat) di sebuah kilang simen di Gopeng, dekat sini pada Khamis.

Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Hilmi Badrul Hisham, 20, disahkan meninggal dunia di Hospital Kampar oleh doktor perubatan pada pagi Khamis.



Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Supian Alias berkata, siasatan awal mendapati mangsa diarahkan untuk bersiap sedia di kawasan tali sawat sebelum memulakan kerja penyelenggaraan.

Ujarnya lagi, mangsa telah ditemui dalam keadaan tersepit pada bahagian ‘tail drum conveyor‘ oleh rakan sekerjanya.

“Satu kemalangan dilaporkan berlaku pada jam 9.55 pagi di sebuah kilang simen di Gopeng hari ini.

“Mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh pekerja dan dihantar ke Hospital Kampar menggunakan ambulans syarikat.

“Bagaimanapun mangsa disahkan telah meninggal dunia di hospital oleh doktor perubatan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.



Justeru katanya, JKKP Perak telah mengarahkan sepasukan pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan ke atas insiden tersebut.

Ujar Supian, JKKP Perak telah menyita dan mengeluarkan larangan kacau ganggu terhadap jalur sistem conveyor tersebut sehingga siasatan lanjut dan tindakan penambahbaikan diambil oleh majikan.

“JKKP akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja. Majikan bertanggungjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu bahaya di tempat kerja, membuat analisis risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja,” katanya.



Beliau berkata kejadian seumpama ini boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).-AA

Juruteknik mekanikal maut tersepit ‘conveyor’ di kilang simen

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker