Tommy Thomas disiasat atas dakwaan menghasut – Ismail

Tommy Thomas disiasat atas dakwaan menghasut – Ismail

Bekas peguam negara Tommy Thomas akan disiasat atas dakwaan menghasut serta membocor maklumat dan rahsia kerajaan berhubung bukunya “My Story: Justice in the Wilderness”.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata selain itu, Thomas juga disiasat berhubung dakwaan beliau terhadap badan kehakiman, selain mengambil tindakan tidak sah, salah guna kuasa serta melakukan kecuaian profesional.

“Beliau disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 124(1) Kanun Keseksaan kerana penyebaran laporan palsu,” katanya dalam kenyataan.

Ismail berkata, pasukan petugas khas yang menjalankan siasatan ke atas Thomas merumuskan keperluan menyiasat empat isu utama dalam bukunya yang turut memperincikan pengalaman beliau selaku peguam negara semasa Pakatan Harapan menerajui kerajaan.

Beliau berkata, pasukan petugas khas mengambil masa sembilan bulan sejak Disember 2021 untuk menyiapkan laporan serta memperincikan setiap dakwaan yang disebut Thomas dalam buku kontroversial itu.

“Pasukan petugas khas seterusnya mengemukakan beberapa syor untuk pertimbangan kerajaan bagi tujuan tindakan susulan yang wajar diambil.

“Sehubungan itu, saya telah mengarahkan agar siasatan lanjut segera dilaksanakan oleh agensi penguat kuasa berkaitan, bagi menyiasat kemungkinan salah laku Thomas,” katanya.

Pada Disember lalu, Putrajaya bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat buku itu.

Pasukan petugas khas itu dipengerusikan penasihat undang-undang dan bekas peguam besar Sarawak Fong Joo Chung selain dianggotai bekas setiausaha kerajaan Sabah Hashim Paijan serta bekas ketua setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dan bekas ketua pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Junaidah Kamaruddin.

Turut serta, bekas hakim dan peguam kanan persekutuan Jagjit Singh serta dua peguam Shaharudin Ali dan K Balaguru selain wakil-wakil daripada badan berkepentingan. FMT

Tommy Thomas disiasat atas dakwaan menghasut – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker