“Cepatlah Tukar Nama IG” – Netizen Gesa Shuk Sahar ‘Buang Nama Hot FM’

Baru baru ini, pihak pengurusan Hot FM menerusi Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd. Tahrim berkata, mereka telah menamatkan kontrak perkhidmatan Shuk Sahar sebagai penyampai radio Hot FM berkuatkuasa serta merta.

Selamat Tinggal Shuk 

Ini berikutan, siasatan dalaman syarikat mendapati Shuk telah melanggar kontrak dan terma perjanjian dan difahamkan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar telah dimaklumkan mengenainya.

“Kontrak Perkhidmatan Shuk Sebagai Penyampai Radio Di Hot FM Ditamatkan Berkuatkuasa Hari Ini.



“Selepas Selesai Siasatan Dalaman Mendapati Berlakunya Pelanggaran Terma Perjanjian Oleh Shuk Seperti Yang Sudah Dipersetujui Di Dalam Kontrak Perkhidmatannya Sebagai Penyampai Radio Hot FM.

“Shuk Juga Telah Dimaklumkan Mengenai Hal Ini,” Katanya Dalam Sebuah Kenyataan

Netizen Gesa Shuk Tukar Nama 

Dalam pada itu, menerusi carian Murai.my pada Instagram pelawak itu mendapati nama yang didaftarkan pada platform itu masih menggunakan @shuk_hotfm sehingga artikel ini ditulis (19 Februari 2021). Manakala pada bahagian profil juga masih tertera ‘HotFM DJ Announcer’ merujuk kepada tugasnya sebelum ini.



Menjengah kepada ruangan komen hantaran terbaharu Shuk, rata-rata netizen mengecam dan menggesa agar dia menukar namanya dengan kadar segera memandangkan dia tidak lagi bersama stesen radio berkenaan. Namu begitu, ada diantara mereka meminta agar diberikan ruang buat Shuk untuk kembali ke fasa baharu dalam hidupnya.

Terdahulu, kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digantung sementara bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasatan dalaman secara terperinci berhubung isu rumah tangganya yang tular di media sosial.



Difahamkan segmen kendaliannya terdahulu bersama rakan penyampai, Fizie menerusi Geng Pagi Hot (GPH) diberi nafas baharu apabila memperkenalkan pelakon,penyanyi dan pelawak Mark Adam sebagai gandingan baharu.

Shuk Sahar ditamatkan kontrak Hot FM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker