Yasmin Hani tidak kisah dikutuk seksi

Yasmin Hani tidak kisah dikutuk seksi

Nama pelakon dan pengacara sensasi, Yasmin Hani sekali lagi menjadi topik hangat dan kecaman netizen gara-gara memuat naik foto berpakaian seksi dalam Instagram (IG).

Penampilan Yasmin dengan pakaian mandi rona jingga yang dipadankan dengan celana putih pendek tanpa di kancing butang mengundang pelbagai reaksi.



Ada yang menyifatkan tindakan itu tidak sesuai dengan status Yasmin iaitu ibu kepada dua cahaya mata.

Bagaimanapun, Yasmin atau nama sebenar, Yasmin Hani Ismail Richardson, 44, enggan ambil pusing dengan kutukan dilemparkan terhadapnya

Sebaliknya, wanita kelahiran Rawang, Selangor beranggapan cukup sekadar keluarga memahami tindak-tanduknya.

“Sebenarnya, saya tidak fikir sangat apa orang cakap sebab kalau terlalu memikirkannya, kita tidak boleh hidup.



“Paling penting, keluarga dan orang sekeliling terima dan tahu apa yang kita buat. Dengan begitu akan menjadi lebih baik.

“Kalau diikutkan, apa sahaja yang saya buat orang tetap akan mengata. Saya tak boleh tutup mulut orang.

“Kalau nampak sesuatu perkara baik, maka baiklah jadinya. Namun, jika memilih melihat sesuatu perkara itu sebagai negatif, ia akan jadi sebaliknya,” katanya.



Mengulas adakah terus berimej seksi disebabkan sudah lali dengan kecaman, Yasmin berkata, orang luar sudah bercakap mengenai imej seksi sejak dahulu lagi disebabkan saya sudah lama dalam industri.

“Jadi, saya sudah terbiasa berdepan dengan situasi seperti ini.

“Saya berbikini, kalau pakai baju renang sekalipun saya tetap berseluar. Bagi saya, ini perkara biasa dan pakaian harian di rumah.

“Kalau orang lain ada yang bertudung, tetapi nampak leher. Ada pula pakai tudung, tetapi baju ketat nampak bentuk badan. Jadi, adakah tidak sama?



“Saya ada melihat komen negatif dalam media sosial. Bagi saya, kalau mahu menegur biarlah dengan cara baik.

“Ada sahaja yang menghantar mesej menegur saya dengan baik. Saya balas dan mengucapkan terima kasih kerana saya hargai teguran mereka,” katanya.

Yasmin berkata, dia hanya mahu hidup dikelilingi perkara positif sahaja.

“Saya tetap akan jadi diri sendiri. Bagi netizen menghantar komen negatif atau lucah, saya akan padam,” katanya. BH



Yasmin Hani tidak kisah dikutuk seksi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen



Saya redha diceraikan Rosland

Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG

Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker