UMNO adakan 2 perhimpunan agung tahun ini


UMNO buat julung kali dijangka mengadakan dua Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata ia membabitkan PAU edisi 2020 selain PAU 2021, selaras keputusan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Katanya, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberi pelanjutan kepada UMNO bagi mengadakan PAU 2020 sehingga Jun tahun ini, berikutan mesyuarat dijadualkan berlangsung 30 dan 31 Januari ditangguhkan selaras perisytiharan darurat dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Perkara paling penting ialah menyelesaikan PAU 2020 sebelum memikirkan PAU 2021 yang ada pemilihan, namun masih belum diputuskan kaedahnya.



“Bagi PAU 2021, presiden memutuskan supaya ia diadakan pada tahun ini juga dan itu adalah keputusan presiden.

“Cuma tarikh PAU 2020 belum diputuskan kerana Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO masih belum boleh bermesyuarat kerana pelaksanaan PKP.

“Namun sekiranya PKP berlanjutan sehingga selepas 18 Februari ini, MKT dijangka akan mengadakan mesyuarat secara maya bagi memutuskan tarikh PAU 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Kadi Daerah Pontian, di sini, hari ini.



Pada 31 Januari lalu, Ahmad dilaporkan berkata perhimpunan agung parti akan diadakan secara maya jika PKP dan darurat masih berkuat kuasa.

Bagaimanapun Ahmad dilaporkan berkata, tarikh perhimpunan seperti yang lazimnya diadakan secara besar-besaran itu akan dimaklumkan kemudian seiring dengan perubahan berikutan pandemik COVID-19.

Mengenai PAU 2021 pula, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, perinciannya termasuk tarikh dan kaedah pemilihan yang bakal diadakan juga masih belum diputuskan.

Katanya, adalah lebih baik menumpukan dan menyelesaikan dahulu PAU 2020 yang perlu diadakan sebelum pertengahan tahun ini. BH



Setelah Setahun Tujuh Bulan, PAU 2019 Berbeza Semangat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker