8 kertas kerja pastikan keterjaminan, kestabilan makanan negara – Mat Sabu

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (JKSMN) yang bersidang hari ini mengetengahkan lapan kertas kerja dalam memastikan keterjaminan dan kestabilan makanan negara selamat serta mencukupi.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata daripada jumlah itu, empat daripadanya adalah untuk mendapatkan kelulusan manakala selebihnya kertas makluman.

Katanya, sei berkenaan turut memberi tumpuan dalam memperkasa sekuriti makanan negara melalui pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi seperti pelaksanaan Projek Industri Tenusu Negara melalui Projek Pembangunan Ladang Tenusu Integrasi di Chuping, Perlis serta Cadangan Pelaksanaan Pembajaan dan Pembekalan Baja Bio dan Organik bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi.

“Kerajaan melalui KPKM sedang berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan produktiviti sektor agromakanan khususnya dalam bidang teknologi, pemodenan dan rantaian nilai agromakanan.

“Antaranya, menerusi Strategi Pembangunan Industri Nanas dengan penyusunan semula sistem galakan pasaran eksport sedia ada untuk memupuk kecekapan dan daya saing yang lebih tinggi.

“Bagi meningkatkan produktiviti komoditi bernilai tinggi, pihak KPKM berhasrat memperluas skop Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dengan turut mengetengahkan komoditi bernilai tinggi seperti kelapa dan durian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JKSMN pada kali ini turut dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Mohamad berkata, inisiatif yang diambil itu dijangka membantu mengurangkan defisit perdagangan di samping memperkukuh aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi variasi benih penanaman dalam negara, meningkatkan prestasi eksport produk hiliran berasaskan pertanian dan merancakkan aktiviti pengeluaran makanan secara domestik.

“Selaras dengan hasrat membangun Malaysia MADANI, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan tahap keterjaminan makanan negara stabil dan lestari seiring dengan konsep ‘Food Security is a Shared Responsibility’.

“Justeru, jawatankuasa ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh sekuriti makanan negara ke arah peningkatan produktiviti, penjanaan pendapatan, potensi teknologi pertanian sekaligus meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya.

Mohamad berkata, melangkah ke hadapan kerajaan akan memastikan pendekatan proaktif sentiasa dilaksanakan dalam menganalisis dan mengenalpasti strategi, inisiatif baharu serta merangka intervensi yang lebih komprehensif dan strategik dalam menjamin kemampanan bekalan input agromakanan dan produktiviti pengeluaran makanan negara.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker