Lebih Suka Membeli..‘Maaf, Jual Tudung Bukan Sesuatu Yang Saya Nak Buat’-Izara Aishah [VIDEO]

Lebih Suka Membeli..‘Maaf, Jual Tudung Bukan Sesuatu Yang Saya Nak Buat’-Izara Aishah [VIDEO]

Pelakon Izara Aishah kekal dengan pendiriannya untuk tidak akan mengeluarkan jenama tudung sendiri walaupun dilihat terbabit dengan promosi koleksi sebuah jenama terbaharu tudung Shawl Publika.

Izara atau nama lengkapnya, Nik Izara Aishah Nik Izazurin menjawab ciapan seorang netizen yang terpegun dengan koleksi tudung yang disangka jenama kepunyaan dirinya.

“Lawanya koleksi tudung Izarah Aishah by Shawl Publika,” tulis netizen berkenaan.



Izara, 29, kemudian menjawab: “Bukanlah. Izara (saya) jadi model untuk produk mereka sahaja. Nama koleksi Zara. Kalau Izara Aishah kena bayar lebih.”

Terdahulu, beberapa hari selepas membulatkan niat bertudung penuh, pelakon filem Pilot Cafe itu bertegas bahawa hijrahnya menutup aurat bukan disebabkan keinginan untuk muncul dengan sebarang jenama produk tudung sendiri.

Meskipun sudah berhijab sepenuhnya, menantu tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza itu belum berhasrat untuk melancarkan koleksi pakaian Muslimah milik sendiri



Menerusi Twitter, Izara memberi alasan dia lebih gemar membeli tudung yang hendak digayakannya berbanding daripada menjual tudung. Dia juga malas memikirkan soal bisnes sementelah anak kecil yang harus diberi keutamaan.

“Jual tudung bukan sesuatu yang saya nak buat. Maaf, saya lebih suka membeli.

“Saya selalu teringin nak lancarkan jenama baju sendiri tetapi buat masa sekarang malas. Sangat sibuk menjaga nyawa kecil saya (anak) dan sudah cukup gembira dengan bisnes lain,” ciapnya.

Pada 14 Ogos lalu, Izara mengejutkan peminatnya selepas tampil  berhijab dan memadam semua gambarnya yang tidak bertudung dalam Instagram. – K! ONLINE



Lebih Suka Membeli..‘Maaf, Jual Tudung Bukan Sesuatu Yang Saya Nak Buat’-Izara Aishah [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Kes masih tinggi, jangan tergesa-gesa umumkan endemik

Lupa kunci rumah, lelaki panjat pangsapuri 14 tingkat [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker