[VIDEO] “Akui Masih Sayang, Sanggup Teman Pergi Nikah..” Lelaki Ini Jadi Viral Lepas Minta ‘Ex-Girlfriend’ Teman Semasa Hari Nikahnya.

 

Perkongsian di aplikasi TikTok kebanyakkan menceritakan perihal kehidupan seharian masyarakat. Selalunya, anak-anak muda gemar memuat naik video aktiviti harian kepada rakan-rakan dan juga pengikutnya.

Seperti mana yang kita tahu, bukan semua pasangan kekasih mempunyai jodoh yang panjang

Memang susah untuk menerima kenyataan kalau hubungan itu sudah lama terjalin tetapi putus di tengah jalan. Namun begitu, perkara tersebut bukanlah menjadi satu sebab untuk kita melampaui batas.

Pernah dengar ‘know your boundaries’? Tak kisahlah lelaki atau perempuan, jika dalam sesuatu hubungan pastikan masing-masing sedar diri dan tahu batas.

Teman ex nak pergi nikah

Jadi, terdapat beberapa video berkenaan seorang gadis menemani bekas kekasihnya sebelum diijab kabul bersama pasangan telah mencuri perhatian netizen di Twitter selepas dimuat naik kembali oleh pengguna media sosial.

Lihat video penuh di bawah:

Lelaki berkenaan meminta bekas kekasihnya untuk menghantar dan menemani semasa akad nikah

Disebabkan gadis itu masih sayang kepada lelaki tersebut, dia merelakan diri untuk menemani dan hadir semasa akad nikah lelaki berkenaan.

Gadis itu juga mengatakan bahawa dia masih sedih dan tidak sanggup untuk memulakan hubungan baru dengan lelaki lain. Lebih-lebih lagi, gadis itu masih sayangkan bekas kekasihnya.

“Maybe jodoh dia sampai dulu, and I hope one day my turn pulak, get well soon for my heart”, katanya.

Gadis itu juga mendoakan pasangan pengantin tersebut bahagia dunia dan akhirat. 

“Panas je tengok, boleh pulak pegang tangan ex sebelum akad nikah” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih sebanyak 2K retweets, 2K quote tweets dan 2K likes di Twitter.

Rata-rata netizen berpendapat perbuatan mereka berdua salah dan telah melampaui batas. Bayangkan apa perasaan kalau isteri lelaki itu tengok video tersebut?

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen:

Harap-harap lah ada plot twistthis is so wrong! Jaga boundaries dan jaga hati partner 🙂

Sumber: tiktok @amendhavhiematha VIA MV

Lelaki cuba selamatkan teman wanita ditemukan mati lemas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker