Khairy masih mencari jawapan kerusi yang bakal ditandingi dalam PRU-15

Khairy Jamaluddin mengakui bimbang

PETALING JAYA:  Khairy Jamaluddin mengakui bimbang beliau masih belum ada kawasan yang akan ditandingi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, kerisauan mengenai kelangsungan kerjaya politiknya melebihi kebimbangan Jemaah Menteri mengenai sama ada PRU15 akan diadakan pada tahun ini atau sebaliknya.

“Kebimbangan saya sekarang ini adalah tiada lagi kawasan untuk bertanding (pada PRU15),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Perubatan Dermatologi dan Estetik Asia di Kuala Lumpur, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian dalam mengulas kebimbangan yang dikatakan dibangkitkan Jemaah Menteri pada mesyuarat Rabu lalu berhubung PRU15.



Antara kebimbangan yang dibangkitkan termasuk musim banjir, selain mempertimbangkan keputusan enam negeri yang tidak setuju untuk membubarkan DUN jika Parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat.

Awal bulan ini, Khairy mengesahkan beliau tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Rembau selepas diarah mengosongkannya oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan, yang mahu bertanding di kerusi itu.

Mohamad yang juga timbalan presiden Umno dan pengarah pilihan raya BN kemudiannya mengesahkan beliau akan bertanding kerusi Parlimen pada PRU15, namun tidak menyatakan sama ada di Rembau atau di lokasi lain.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu berkata, kedudukan calon dan kerusi bagi BN mahupun Umno belum dimuktamadkan dan kenyataannya berkaitan Rembau sebelum ini hanya mengenai soal kesiapsiagaan jentera parti.



Membalas kenyataan itu, Khairy menegaskan pendedahannya benar dan beliau akan menyelesaikan isu itu secara tertutup.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]



Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker