KKM dedahkan Kes import Covid-19 meningkat 89.3 peratus

PUTRAJAYA – Jumlah kes import atau pesakit Covid-19 yang mendapat jangkitan dari luar negara menunjukkan peningkatan sebanyak 89.3 peratus kepada 53 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 30 (24-30 Julai 2022) berbanding hanya 28 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, menerusi perbandingan antara ME 29/2022 dan ME 30/2022, Kementerian Kesihatan (KKM) turut mendapati berlaku peningkatan pada jumlah purata kes aktif.

“Purata kes aktif setiap hari bagi ME 30/2022 adalah 47,176 iaitu terdapat peningkatan sebanyak 3.6 peratus berbanding minggu sebelumnya namun kes sembuh juga telah menunjukkan peningkatan sebanyak 35.4 peratus iaitu 22,757 kes kepada 30,823 kes.

“Bilangan kes baharu pada ME 30/2022 menurun sebanyak 5.2 peratus daripada 29,886 kes kepada 28,339 kes di mana kes tempatan menurun sebanyak 5.3 peratus namun bilangan kes import meningkat sebanyak 89.3 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, bilangan kes kematian pada ME 30/2022 menunjukkan penurunan sebanyak 28.6 peratus iaitu daripada 63 kes kepada 49 kes dengan kumulatif kes kematian sebanyak 35,960 kes.

“Untuk makluman, kes-kes positif Covid-19 di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di seluruh negara masih lagi menunjukkan peningkatan dengan bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 3.2 peratus.

“Bagaimanapun kes Covid-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah telah menurun sebanyak 0.5 peratus begitu juga dengan pesakit yang dirujuk CAC ke Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan hospital yang menunjukkan penurunan sebanyak 19.9 peratus,” ujarnya.

Jelas beliau, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk bagaimanapun telah menunjukkan peningkatan sebanyak 2.8 peratus dengan peningkatan 5.6 peratus bagi pesakit kategori 1 dan 2.

“KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan,” katanya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura

Hattan Tiada Masalah BBNU ‘Cover’ Lagunya, Bagi ‘Warning’ Awal-awal Tahan Telinga Jika Jahanam [VIDEO]

‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker