Ini Royale Chulan, bukan Langkah Sheraton

Ini Royale Chulan, bukan Langkah Sheraton

Pekerja Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, yang pada Ahad menjadi lokasi pertemuan melibatkan pemimpin politik, tidak menganggap premis itu akan menjadi sebahagian daripada “bahasa politik” seperti yang berlaku dengan hotel Sheraton PJ.

Ahad lalu, Utusan Malaysia melaporkan Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu masih timbalan perdana menteri dan Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dilihat bertemu di hotel berkenaan di mana akuan berkanun (SD) bagi menyokong pembentukan kerajaan baharu dikatakan sedang dihimpunkan.

Bagaimanapun, keadaan kelihatan tenang sejak itu dengan hanya beberapa orang nampak melintasi lobi hotel berkenaan.

Beberapa kakitangan hotel yang enggan dikenal pasti memberitahu FMT, walaupun mesyuarat biasa diadakan di hotel itu, termasuk melibatkan ahli politik, kesibukan yang dilihat berlaku pada Ahad lalu berkemungkinan tidak akan berulang.

Seorang pekerja hotel berkata, mereka tidak percaya premis itu akan digunakan lagi sebagai hab pertemuan politik dan mesyuarat yang diadakan di hotel itu sejak Ahad melibatkan golongan “Datuk dan Tan Sri biasa.”


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Mungkin mereka pernah terlibat dalam politik tetapi saya tidak rasa kalangan yang masih aktif (berjumpa di sini),” katanya yang bertugas sebagai valet.

Katanya, bukan sesuatu yang asing untuk mesyuarat diadakan di hotel itu, manakala kehadiran kereta mewah diparkir di pekarangannya juga bukan bermakna ada ahli politik di situ.

Seorang lagi kakitangan yang turut hadir pada lewat Ahad berkata, kehadiran Ismail dan Hamzah memang mendapat perhatian media, tetapi tiada apa yang berlaku sejak itu.

Sambil menunjuk ke arah lobi yang kosong, pekerja itu berkata, keadaannya jauh berbeza berbanding ketika pertemuan Ahli Parlimen terbabit.

Bagaimanapun, mereka tidak menafikan mesyuarat telah atau akan diadakan tanpa pengetahuan mereka.

“Kadangkala kami tidak dimaklumkan pun siapa yang datang ke sini. Sekiranya sulit dan peribadi, kami tidak akan diberitahu sekalipun bertanya,” kata seorang pekerja hotel. FMT

Ini Royale Chulan, bukan Langkah Sheraton

Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker