Tiada job, Fezrul Khan merajuk sampai lari ke hutan?

Tiada job, Fezrul Khan merajuk sampai lari ke hutan?

Tiada job, Fezrul Khan merajuk sampai lari ke hutan?

Pelakon, Fezrul Khan kini aktif menjadi pekebun sepenuh masa di ladang miliknya di Negeri Sembilan.

“Pada permulaanya, hanya sekadar hobi tetapi bertukar menjadi serius pula kerana boleh mendatangkan hasil masa akan datang.” katanya.




Fezrul Khan berada di kebunnya di Negeri Sembilan.

Fezrul Khan memulakan karier barunya selepas penularan wabak COVID-19 tahun lalu yang mana industri kreatif terkesan seringkali tidak dibenarkan menjalani penggambaran kerana pelaksanan PKP sejak PKP 1.0 dan kini PKP 3.0 yang memberi kesan sehingga kekurangan tawaran berlakon.

Menurut Fezrul, sejak itu idea ini tercetus dan dia terpaksa mencari “sesuatu” dan mula mencari tanah.

“Saya pun masih belajar lagi mengenai kebun ni, masih dalam proses penjagaan dan saya ada impian nak eksport ke negara China,” katanya



Dek kerana sering memuatnaik video berkebun, ramai yang menjadi tanda-tanya mengenai status Fezrul Khan sebagai pelakon.

Ada dakwaan mengatakan yang Fezrul merajuk dengan industri hingga lari ke hutan seketika.

“Saya tak merajuk, dan ini bukan masa yang sesuai untuk shooting kerana penyakit COVID 19 ni bahaya, lagi pun saya pernah buat pembedahan buang limpa, jadi ketahanan badan saya tak kuat, sebab tu saya lari ke sini,” katanya secara ringkas kepada pihak Waaw.my

“Saya tanam suka-suka je, tapi prepare for future,” katanya. Wc



Tiada job, Fezrul Khan merajuk sampai lari ke hutan?


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ronaldo punca Coca-Cola rugi besar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker