PN Akan Hancur Jika Muhyiddin Poster Boy PRN Johor

Oleh Nurul Aishah

MASIHKAH kita ingat bagaimana Perikatan Nasional(PN) mempertaruhkan potret Muhyiddin di Melaka? Tiada potret Hadi Awang sebelahnya. Ketika itu Muhyiddin mahu buktikan beliau adalah “wow factor”. Beliau sangat yakin diri sendiri sangat popular. Namun PN kecundang dengan sangat teruk.

Jika PN masih mahu menggunakan “muka recycle” Muhyiddin ini maka kebarangkalian PN kalah teruk dalam Pilihan Raya Negeri(PRN) Johor lagi sangat tinggi.



Skandal beliau dengan Nika Gee juga memburukkan lagi keadaan. Memetik sumber, Muhyiddin dikecam ekoran hubungan sulit beliau selama bertahun-tahun dengan Nika Gee Siew Yee isteri kepada bekas Timbalan Pendakwa Raya, Stanley Clement Agustin.

Perkara itu terbongkar dengan pendedahan dokumen merangkumi akuan bersumpah (SD) Stanley Clement Agustin mengenai dakwaan hubungan Muhyiddin dan isterinya. Muhyiddin dikatakan menjadi punca utama perceraian mereka.

Stanley mendakwa isterinya Nika Gee Siew Yee mempunyai hubungan sulit dengan Muhyiddin ketika beliau menjadi menteri besar Johor lagi. Malah isteri Muhyiddin menyedari hubungan berkenaan dan melarang wanita terbabit bertemu dengan suaminya.

SD berkenaan juga mendakwa Nika Gee bertemu Muhyiddin di luar negara dan menerima pelbagai faedah termasuk dari aspek kewangan. Untuk makluman SD berkenaan dibuat berdasarkan pengakuan wanita terbabit.



Justeru itu, jika Muhyiddin mahu menafikan hal ini dan mahu menyaman sesiapa yang menuduhnya menjalin hubungan dengan isteri orang maka beliau perlu menyaman Nika Gee sendiri. SD Augustin itu bertarikh 7 Disember 2015 dan dibuat ketika proses perceraiannya dengan Nika Gee sedang berlangsung.

Seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa Muhyiddin merupakan PM yang gagal. #pmgagal bergema seluruh negara. Senarai 7 kegagalan Muhyiddin.

1. Kegagalan Muhyiddin menangani pandemik Covid-19 secara berkesan sehingga mencetuskan keresahan dan kemurungan serius rakyat.

2. Kegagalan Muhyiddin dengan menyalahgunakan darurat yang hanya untuk muslihat politik hingga memudaratkan rakyat dan ekonomi negara.



3. Kegagalan Muhyiddin untuk mempertahankan sistem demokrasi Berparlimen hingga memandulkan segala amalan demokrasi semak dan imbang yang menjamin hak dan suara rakyat terbela terutamanya dalam memantau segala inisiatif kerajaan dalam menangani pandemik termasuk aspek perbelanjaan, perolehan dan segala usaha vaksinasi.

4. Kegagalan Muhyiddin menguruskan bantuan dan tuntutan rakyat secara berkesan untuk semua peringkat dan kategori. Ini termasuklah tuntutan Moratorium 2.0 tanpa caj/faedah terakru, dasar moratorium yang tidak dipanjangkan kepada agensi-agensi Kerajaan yang lain seperti LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam), skim i-Citra yang tidak mesra rakyat, bantuan tunai seperti BPR, BPN dan BKC yang lambat dan amat terhad.

5. Kegagalan Muhyiddin untuk memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada rakyat dalam menguruskan kebajikan mereka hingga berlaku peningkatan serius dalam permasalahan sosial seperti kes bunuh diri.

6. Kegagalan Muhyiddin mengurus kestabilan politik dan ekonomi hingga mewujudkan ketidakyakinan pelabur terhadap kemampuan menguruskan negara dan pandemik.



7. Kegagalan Muhyiddin yang jelas memperkotak-katikkan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah hingga terpaksa berulang-kali mengeluarkan kenyataan media dan titah mengadap supaya Parlimen dibenarkan bersidang dan membahaskan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

Muhyiddin gagal dalam PRN Melaka. Beliau juga gagal di PRN Sarawak. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri namun rakyat tidak nampak apa-apa yang berjaya dipulihkan. Apabila negara ditimpa musibah, Muhyiddin hanya mendiamkan diri tanpa membantu kerajaan gabungan sekarang. Apa sahaja yang disentuh Muhyiddin dihantui kegagalan.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) berkuatkuasa sabtu bagi memberi laluan kepada PRN diadakan.

Jika Muhyiddin terus mahu jadi poster boy PRN Johor maka PN diramal akan hancur. Kalau PN gagal di Johor, bermakna Muhyidin bukan “wow factor”. Harapannya untuk kembali sebagai PM ke 10 akan terpadam. Dan yang lebih teruk lagi, PPBM bakal “padam” awal.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker