Jota diiktiraf sebagai juara sebenar selepas Liverpool kembali beraksi
Jota diiktiraf sebagai juara sebenar selepas Liverpool kembali beraksi

Liverpool: Diogo Jota dipuji sebagai seorang juara oleh pengurus Liverpool, Arne Slot ketika pasukan itu kembali beraksi buat kali pertama sejak kematian pemain Portugal itu dan menewaskan Preston 3-1 dalam perlawanan persahabatan pramusim, awal pagi tadi.
Jota yang juga bapa kepada tiga anak meninggal dunia bersama adiknya, Andre Silva, pada 3 Julai lalu sebelas hari selepas berkahwin dengan pasangan lamanya, Rute Cardoso apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan terbakar di utara Sepanyol.
Sebelum sepak mula di Deepdale, lagu ikonik Liverpool “You’ll Never Walk Alone” dimainkan dan kapten Preston, Ben Whiteman, meletakkan jambangan bunga di hadapan penyokong pelawat.
Satu minit bertafakur turut diadakan dan kedua-dua pasukan memakai lilitan lengan hitam sebagai tanda penghormatan.
“Apa yang memberi sedikit ketenangan kepada saya ialah dalam sebulan terakhir hidupnya, dia seorang juara dalam segala hal,” kata Slot dalam satu temu bual sebelum perlawanan.
“Seorang juara untuk keluarganya adalah perkara paling utama kerana dia telah berkahwin.
“Seorang juara untuk negaranya kerana dia memenangi Liga Negara-Negara bersama Portugal, sebuah negara yang amat dicintainya dan dia turut membawa bendera negaranya semasa sambutan kemenangan.
“Dan sudah tentu, seorang juara untuk kami kerana memenangi Liga Perdana Inggeris.”
Mohamed Salah antara pemain utama yang diturunkan dan menjadi kapten pasukan kerana Virgil van Dijk tidak tersenarai dalam skuad, walaupun hadir di stadium.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Tiga pemain yang hadir ke pengebumian Jota di Gondomar, berhampiran Porto – Conor Bradley, Darwin Nunez dan Cody Gakpo – masing-masing menjaringkan gol dalam perlawanan yang menjadi langkah awal Liverpool ke arah pemulihan emosi.
Sebelum perlawanan bermula, penyokong Liverpool sudah menyanyikan lagu khas Jota yang menyifatkan beliau lebih hebat daripada legenda Portugal, Luis Figo.
Di kawasan tempat duduk, kibaran bendera bertulis ‘selamanya nombor 20 kami’ menjadi penghormatan buat pemain yang pergi pada usia hanya 28 tahun.
Jumaat lalu, Liverpool turut mengumumkan jersi bernombor 20 milik Jota akan ‘digantung’ dan tidak akan digunakan lagi sebagai tanda penghormatan.
Selepas wisel penamat, lagu Jota kembali bergema dan dinyanyikan berulang kali, manakala skuad Liverpool berdiri di hadapan penyokong sambil bertepuk tangan.
Jota diiktiraf sebagai juara sebenar selepas Liverpool kembali beraksi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.