SPRM tahan CEO badan berkanun disyaki terima rasuah berkait kontrak bina gelanggang skuasy
SPRM tahan CEO badan berkanun disyaki terima rasuah berkait kontrak bina gelanggang skuasy

KUALA LUMPUR: Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun Persekutuan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malam tadi, kerana disyaki menerima rasuah berkait kontrak pembinaan gelanggang skuasy.
Menurut sumber SPRM, suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira jam 7.20 malam di sebuah pusat beli-belah di Bukit Jalil.
Tangkapan dibuat sejurus suspek dipercayai menerima wang tunai RM100,000 daripada seorang kontraktor binaan.
Difahamkan, suspek sebelum ini meminta wang rasuah berjumlah RM1 juta sebagai balasan untuk memberikan kelulusan bayaran tuntutan kepada kontraktor berkenaan.
“Suspek juga dipercayai telah menerima wang sebanyak RM500,000 sebelum sambutan Aidilfitri sebagai bayaran pendahuluan,” kata sumber itu lagi.
Susulan penahanan itu, suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya, esok, bagi permohonan perintah reman untuk membantu siasatan lanjut.
SPRM tahan CEO badan berkanun disyaki terima rasuah berkait kontrak bina gelanggang skuasy
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Komited Perkasa Suara Belia Demi Masa Depan Pahang
- Pengalaman Lapan Dekad Bukti Ketahanan Dan Kekuatan UMNO – Othman Desa
- Inisiatif Makmur Pahang Tanda Penghargaan Kepada Pendidik Agama – Nizar Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aplikasi Persidangan Cawangan Untuk Raih Kembali Ahli Ke Rumah Bangsa – Tengku Adnan
You must be logged in to post a comment.