70 iPhone dilarikan, pengawal keselamatan ditetak dengan kapak

Kejadian berlaku di sebuah kedai telekomunikasi di Kompleks Menara Condong Teluk Intan

Ketua Polis Hilir Perak Ahmad Adnan Basri berkata, pemilik kedai telekomunikasi itu mengalami kerugian kira-kira RM300,000 selepas 70 telefon jenis iPhone hilang dalam kejadian tersebut.

PETALING JAYA: Seorang lelaki bertindak menetak kepala pengawal keselamatan dan mengunci mangsa di dalam tandas sebelum memecah masuk sebuah kedai telekomunikasi di Kompleks Menara Condong Teluk Intan, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Hilir Perak Ahmad Adnan Basri berkata, ketika kejadian mangsa yang berusia lewat 60-an sedang berehat di kaunter tandas kompleks perniagaan berkenaan sebelum didatangi seorang lelaki membawa sebilah kapak dalam kejadian kira-kira jam 2.00 pagi itu.

“Mangsa cuba mengelak dan berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek. Suspek kemudiannya menetak bahagian atas kepala pengawal keselamatan itu dan mengikat tangan dan kaki mangsa sebelum menguncinya di dalam tandas.

“Suspek seterusnya memecah masuk sebuah kedai telekomunikasi kompleks berkenaan dengan cara memotong mangga kunci di pintu menggunakan mesin pencanai,” katanya dalam satu kenyataan.



Menurutnya, suspek mencuri semua 70 unit telefon bimbit iPhone di empat rak pameran kedai dan anggaran kerugian yang dialami oleh pemilik kedai telekomunikasi berkenaan adalah sebanyak RM300,000.

Katanya, polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat daripada orang awam pada jam 3.22 pagi.

“Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah IPK Perak membuat pemeriksaan di tempat kejadian dan hasil pemeriksaan berjaya menjumpai beberapa barang kes yang boleh membantu siasatan.

“Pihak polis masih meneruskan usaha untuk mengesan dan menangkap suspek terbabit.



“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini atau suspek yang terlibat diminta untuk menyalurkannya terus kepada IPD Hilir Perak di talian 0562992222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU



Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker