Maimun dan Idrus jangan remeh peranan SPRM

Maimun dan Idrus jangan remeh peranan SPRM

Seorang pemimpin Umno menggesa ketua hakim dan peguam negara berterus terang susulan pengesahan menteri bahawa Hakim Nazlan Ghazali didapati melanggar etika semasa mengetuai kes SRC International Najib Razak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Nazlan menyimpulkan beliau melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan ketika mengetuai kes itu.



Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi, berkata kini terserah kepada Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dan Peguam Negara Idrus Harun dan mereka mesti bertanggungjawab dan memberi respons segera.

“Adakah ketua hakim negara dan peguam negara mahu meremehkan peranan badan siasatan seperti SPRM?”, katanya kepada FMT.

“Kerajaan mesti berdiri teguh dalam perkara ini. Adakah kita mahu benarkan sistem keadilan Malaysia dimusnahkan?

“Pendedahan Azalina adalah langkah yang perlu untuk mengimbangi kepentingan semua pihak, ia bukan campur tangan daripada pihak eksekutif.”



Dalam surat bertarikh 20 Mac kepada peguambela Najib Razak, Shafee & Co, Azalina mengesahkan Nazlan, hakim perbicaraan bagi kes SRC Najib, melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan.

Dalam suratnya membalas kepada Shafee, Azalina berkata: “Saya boleh mengesahkan persoalan-persoalan yang dikemukakan bahawa soalan-soalan tersebut telah dijawab secara afirmatif.”

Beliau berkata, ini berdasarkan laporan penemuan SPRM bertarikh 20 Feb, yang diberikan agensi itu kepadanya.

Pada 24 Feb lalu, panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Tengku Maimun menuduh SPRM tidak mengikut protokol ketika menjalankan siasatan terhadap Nazlan.



Siasatan itu susulan dakwaan bahawa sejumlah wang yang tidak dapat dijelaskan dimasukkan ke dalam akaun banknya.

Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata agensi penyiasat seperti SPRM mesti berunding dengan ketua hakim negara sebelum memulakan siasatan terhadap hakim mahkamah tertinggi.

Nazlan, kini hakim di Mahkamah Rayuan, mensabitkan Najib pada Julai 2020 atas tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah lebih RM42 juta dana milik SRC International.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib. Rayuan Najib kepada Mahkamah Rayuan ditolak pada Disember 2021. Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos tahun lalu mengekalkan sabitan dan hukuman itu.



Najib mula menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas keputusan Mahkamah Persekutuan.

Jumaat lalu, panel Mahkamah Persekutuan yang berasingan menolak permohonan Najib untuk semakan semula sabitan dan hukumannya. FMT

Maimun dan Idrus jangan remeh peranan SPRM

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU



Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker