Jabatan Peguam Negara teliti secara adil sebelum dakwa guru rempuh pelajar
Jabatan Peguam Negara teliti secara adil sebelum dakwa guru rempuh pelajar

KOTA BHARU: Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan pihaknya akan meneliti secara saksama dan adil berhubung kes guru yang dipercayai merempuh dua pelajar di dalam sekolah, tengah hari kelmarin sebelum proses pendakwaan dilakukan.
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, berkata setakat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menyerahkan kertas siasatan kepada pihaknya.
“Perkara ini akan diteliti secara saksama dan adil selepas siasatan lengkap diperoleh dari PDRM.
“Setakat ini kita belum putuskan guru berkenaan akan didakwa mengikut seksyen yang mana, sebaliknya menunggu kertas siasatan daripada PDRM terlebih dahulu.
“Kita akan buat keputusan sebaik siasatan selesai sepenuhnya. Saya percaya siasatan polis mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mangsa meninggal dunia, namun keputusan akhir untuk tuduh belum dipastikan mengikut seksyen mana,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Komited Perkasa Suara Belia Demi Masa Depan Pahang
- Pengalaman Lapan Dekad Bukti Ketahanan Dan Kekuatan UMNO – Othman Desa
- Inisiatif Makmur Pahang Tanda Penghargaan Kepada Pendidik Agama – Nizar Najib
Aplikasi Persidangan Cawangan Untuk Raih Kembali Ahli Ke Rumah Bangsa – Tengku Adnan
Terdahulu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, memaklumkan guru yang dipercayai merempuh dua pelajar berkenaan akan didakwa dalam masa terdekat.
Katanya, guru berusia 57 tahun itu kini dibebaskan dengan jaminan polis.
Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari kelmarin, pelajar perempuan Tingkatan Satu maut, manakala seorang lagi parah selepas dirempuh kenderaan yang dipandu guru wanita di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri, dilaporkan berkata kejadian itu membabitkan pemandu kereta iaitu guru dan mangsa adalah dua pelajar perempuan
Katanya, siasatan awal mendapati pemandu wanita dipercayai tertekan pedal minyak kenderaan lalu terbabas sebelum melanggar dua pelajar perempuan berkenaan.
Jabatan Peguam Negara teliti secara adil sebelum dakwa guru rempuh pelajar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Reset Untuk Kembali Segar, Relevan Dalam Landskap Politik Semasa
- Puteri UMNO Adaptasi Aspirasi Anak Muda, Bukan Masa Bernostalgia
- Keyakinan Terhadap Najib Razak Tidak Luntur, Hadapi Perbicaraan – Ahmad Maslan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat
You must be logged in to post a comment.