70% aset, dana 1MDB diperoleh semula
70% aset, dana 1MDB diperoleh semula
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperolehi semula kira-kira 70% daripada aset dan dana dikaitkan dengan 1MDB, bersamaan dengan kira-kira RM28.93 bilion.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata agensi itu berikrar tidak akan berhenti dalam usahanya untuk mendapatkan semula baki 30% aset dan dana dikaitkan kekayaan negara itu.
“Kami sedang dalam usaha memulihkannya di beberapa lokasi di luar negara dan kami tidak akan berhenti,” kata Azam pada sidang media di ibu pejabat SPRM di sini.
“Pengesanan aset masih diteruskan di beberapa tempat di luar negara. Ia tidak akan terhenti,” katanya pada sidang media di pejabat SPRM hari ini.
Minggu lalu, Kementerian Kewangan memaklumkan dua firma pelaburan Abu Dhabi itu bersetuju membayar USD1.8 bilion kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan 1MDB bagi menyelesaikan pertikaian undang-undang.
Kedua-dua pihak terlibat dalam pertikaian undang-undang di United Kingdom dengan mendakwa Ipic dan Aabar bersubahat dalam skandal 1MDB.
Penyelesaian itu dicapai dalam prosiding undang-undang yang berlangsung di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London dan Mahkamah Tinggi London. FMT
BERITA LANJUT MENYUSUL
70% aset, dana 1MDB diperoleh semula
Baca Artikel Menarik:
- Janna Nick, Nazim Othman bercinta
- Zabidi lawan Mentega Terbang
- Lans koperal tembak isteri direman 7 hari
- Keane gesa pemain Man United menyorok dalam gua
- Amaran Hadi permulaan langkah jatuhkan kerajaan
- 2 warga emas cabul budak perempuan ditahan polis
- Keputusan JPPM tamparan hebat golongan mahu jatuhkan Zahid, Tok Mat
- Sabitan bekas kakitangan Goldman bukti penyelesaian 1MDB diragui – Johari
- Warga emas tabah pakai maskot cari rezeki
- Cikgu wanita buat ‘projek’ dengan skandal dicekup suami
- Penuntut PhD ditemui maut selepas hilang selama 6 hari
- Mentega Terbang: Kenapa tak ambil tindakan tahun lepas, soal Fahmi
- Gerai pacak disita PBT, penjaja mengamuk naik hantu [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000