Tanah Suci bukan tempat iklan bisnes
Tanah Suci bukan tempat iklan bisnes
SELEPAS kes Covid-19 mula berkurangan, banyak negara membuka pintu sempadan bagi membolehkan rakyat melancong. Bagi umat Islam, mereka memilih Tanah Suci sebagai destinasi untuk dilawati.
Namun, apa yang membimbangkan adalah terdapat golongan yang menunaikan umrah dengan mencipta kandungan atau mempromosi perniagaan di depan kaabah.
Lebih teruk, ada yang ke sana semata-mata untuk menunjuk-nunjuk di sosial media, namun harus diakui perkara begini tidak boleh dipukul rata kerana ada yang pergi untuk beribadah.
Perkara itu turut disuarakan Pendakwah Ustaz Abdullah Khairi baru-baru ini.
“Sebagai ustaz dan mutawif, kadang-kadang rasa susah hati apabila bawa orang umrah kerana niat mereka bukan untuk beribadat, sebaliknya makan angin.
“Ada yang pergi mengerjakan umrah kerana merasakan duit banyak dan melayan kita (mutawif) sebagai hamba dengan menyuruh melakukan kerja angkat beg dan barangan dibeli mereka.
“Kadang-kadang buat ‘content’ hendak tunjuk hebatnya Mekah. Betul tuan-tuan, akhir zaman orang pergi Mekah bukan untuk menyucikan hati,” katanya dalam satu sesi ceramah.
Bagi Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor pula berkenaan perihal mempromosikan barangan jualan di hadapan kaabah, beliau menganggap perbuatan tersebut seperti memalingkan perhatian jemaah daripada tujuan asal mereka ke Tanah Suci berkenaan.
“Tujuan masjid dibina adalah untuk beribadat kepada Allah, maka tidak wajar perniagaan dan tindakan jual beli barangan dilakukan dalam masjid.
“Ini termasuk tindakan mempromosi dan mengiklankan perniagaan walaupun ada kaitan dengan ibadat. Contohnya seperti pengiklanan yang dibuat oleh mana-mana syarikat atau agensi pelancongan untuk ibadat haji dan umrah.
“Para jemaah dari segenap pelosok dunia datang ke masjid-masjid untuk mengerjakan haji atau umrah dan aktiviti perniagaan dan pengiklanan boleh dianggap sebagai perbuatan memalingkan perhatian jemaah daripada tujuan asal kedatangan mereka ke tempat-tempat tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Bagi menguatkan lagi pendapatnya, beliau turut menyertakan potongan hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi daripada Abu Hurairah berkenaan dengan larangan berjual beli di dalam masjid.
Baginda bersabda; “Jika kami melihat seseorang menjual barang-barang dalam masjid, maka katakanlah kepada mereka Allah tidak memberi keuntungan pada perniagaan kamu!”
“Berdasarkan hadis tersebut, para ulama ada yang berpendapat berjual beli dalam masjid merupakan perbuatan dilarang, namun segelintir ulama menganggap makruh kerana akad jual beli dalam masjid adalah sah,” ujar beliau.
Sebagai mufti, beliau hanya mampu menasihati syarikat atau agensi pelancongan untuk menghentikan perbuatan jemaah yang ke Mekah dan Madinah supaya meletakkan niat yang betul dengan mengerjakan umrah.
“Saya ingin menasihati umat Islam Malaysia khususnya wakil-wakil syarikat atau agensi pelancongan supaya menghentikan perbuatan mempromosi dan pengiklanan perniagaan masing-masing di Tanah Suci.
“Tempat berniaga adalah di pasar bukannya masjid yang mana dibina untuk umat Islam beribadat dan melakukan aktiviti kerohanian,” ujarnya. K Online
Tanah Suci bukan tempat iklan bisnes
Baca Artikel Menarik:
- Janna Nick, Nazim Othman bercinta
- Zabidi lawan Mentega Terbang
- Lans koperal tembak isteri direman 7 hari
- Keane gesa pemain Man United menyorok dalam gua
- Amaran Hadi permulaan langkah jatuhkan kerajaan
- 2 warga emas cabul budak perempuan ditahan polis
- Keputusan JPPM tamparan hebat golongan mahu jatuhkan Zahid, Tok Mat
- Sabitan bekas kakitangan Goldman bukti penyelesaian 1MDB diragui – Johari
- Warga emas tabah pakai maskot cari rezeki
- Cikgu wanita buat ‘projek’ dengan skandal dicekup suami
- Penuntut PhD ditemui maut selepas hilang selama 6 hari
- Mentega Terbang: Kenapa tak ambil tindakan tahun lepas, soal Fahmi
- Gerai pacak disita PBT, penjaja mengamuk naik hantu [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000