Keputusan JPPM ‘tamparan’ buat kem anti-Zahid
Keputusan JPPM ‘tamparan’ buat kem anti-Zahid
Keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bahawa Umno tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung usul tiada pertandingan ‘top 2’, menjadikan presiden Ahmad Zahid Hamidi lebih berani menamakan calon dalam kalangan sekutunya menjelang pilihan raya negeri, ramal penganalisis.
Bercakap kepada FMT, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara dan Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya, menyifatkan keputusan JPPM itu sebagai satu tamparan kepada kem anti-Zahid dalam Umno.
“Kini, Zahid mempunyai kuasa memilih calonnya bagi pilihan raya negeri, bukan sahaja mereka yang boleh menang, malah yang bersekutu dengannya,” kata Azmi.
Awang Azman berkata: “Anti-Zahid atau kumpulan pro Perikatan Nasional tidak akan terpilih bertanding pada pilihan raya negeri kerana mereka dianggap ancaman kepada parti dan juga kerajaan perpaduan.”
Sabtu lalu, Zahid mendedahkan JPPM menulis surat kepada Umno memutuskan Umno tidak melakukan sebarang kesalahan dengan meluluskan usul tambahan pada Perhimpunan Agung Umno 2022 supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan, termasuk tidak melanggar sebarang peraturan atau bercanggah mana-mana perlembagaan parti.
Bulan lalu, dua ahli Umno melaporkan kepada JPPM mendakwa usul dikemukakan pada perhimpunan agung itu melanggar Perkara 10 perlembagaan parti.
Azmi berkata, mereka yang dipecat Umno atau ahli menentang dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan pada pemilihan parti sudah hilang peluang mengubah status quo parti.
“Contohnya, keputusan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob tidak mempertahan kedudukannya adalah kerugian besar bagi kem anti-Zahid dan mereka yang tidak berpuas hati dengan usul tiada pertandingan,” katanya.
Awang Azman berkata, ahli Umno dipecat kini hanya boleh berharap sekutu mereka dalam parti akan menang menentang orang yang bersekutu dengan Zahid, justeru boleh memberi tekanan terhadap kepimpinannya.
Pemilihan Umno akan berlangsung pada 11 Mac dengan jawatan kepimpinan dalam Wanita, Pemuda dan Puteri dipertandingkan, manakala jawatan ketua bahagian, naib presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi akan dipilih, pada 18 Mac. FMT
Keputusan JPPM ‘tamparan’ buat kem anti-Zahid
Baca Artikel Menarik:
- Janna Nick, Nazim Othman bercinta
- Zabidi lawan Mentega Terbang
- Lans koperal tembak isteri direman 7 hari
- Keane gesa pemain Man United menyorok dalam gua
- Amaran Hadi permulaan langkah jatuhkan kerajaan
- 2 warga emas cabul budak perempuan ditahan polis
- Keputusan JPPM tamparan hebat golongan mahu jatuhkan Zahid, Tok Mat
- Sabitan bekas kakitangan Goldman bukti penyelesaian 1MDB diragui – Johari
- Warga emas tabah pakai maskot cari rezeki
- Cikgu wanita buat ‘projek’ dengan skandal dicekup suami
- Penuntut PhD ditemui maut selepas hilang selama 6 hari
- Mentega Terbang: Kenapa tak ambil tindakan tahun lepas, soal Fahmi
- Gerai pacak disita PBT, penjaja mengamuk naik hantu [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000