Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Bendahari Agung PN.
Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Bendahari Agung PN.
Oleh: Zakaria Mohd
Rasanya kita tahu faktor-faktor yang menyebabkan Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Bendahari Agung PN.
Ahmad Samsuri telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada pihak pengurusan PN hari ini.
Merujuk Harakahdaily dan media itu telah membuat pengesahan tentang perkara di atas.
Punca perletakan jawatan masih belum didedahkan secara rasmi oleh Ahmad Samsuri, namun kita syak langkah itu sebagai salah satu protes terhadap Mahiaddin.
Jika tidak mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat ini sekalipun, segala yang kita syak dan duga sebelum ini adalah tepat.
Bukankah Mahiaddin dan BERSATU telah membolot segalanya jawatan penting termasuk Setiausaha Agong PN?
Sungguh pelik status parti “ular lidi” mengatasi sebuah parti berstatus “naga.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
- Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
Adakah Hadi “bingong” dengan permainan Mahiaddin dan Hamzah?
Bukan sahaja PAS, malah Azmin pun tidak puas hati kerana Hamzah menerajui BERSATU sebagai Timbalan Presiden.
Mesyuarat baru-baru ini menyaksikan BERSATU mengekalkan kesemua enam jawatan tanpa pengetahuan dan persetujuan PAS.
Salah satu formula untuk mententerankan keadaan, Mahiaddin boleh “suap” dengan “ongkos,” maka PAS akan rela dengan segala penyusunan carta organisasi.
Malangnya sekarang, Mahiaddin tiada jalan lagi hendak “rompak” kerana telah tersungkur menerusi PRU lepas.
Apatah lagi “abah kita” itu sedang didakwa di mahkamah dan bakal ke penjara jika disabitkan kesalahan.
Sebelum ini PAS ada bersungut dan mengeluarkan kenyataan bahawa BERSATU perlu meminta keizinan daripada PAS sebelum menanam cita-cita untuk menerajui pentadbiran di mana-mana negeri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
kenyataan Mahiaddin sebelum ini bahawa parti itu sedang mengintai peluang menjadi Menteri Besar di Selangor selain Perak dan Pahang menunjukkan dia tidak sedar siapa parti yang lebih besar dalam PN.
Kedudukan Mahiaddin sendiri selaku budak poster “poster boy” bagi PN untuk PRU 16 adalah tidak selamat apabila mula dipertikaikan oleh PAS.
“Maka, adalah hampir mustahil untuk parti dapat membuat keputusan sendiri pada masa hadapan,” kata salah seorang pemimpin PAS.
Pada Perhimpunan Agung BERSATU baru-baru ini, Mahiaddin dipetik oleh media sebagai berkata, parti itu pada masa ini menyasarkan jawatan Menteri Besar Pahang, Perak dan Selangor jika PN berjaya merampas negeri-negeri itu pada PRU akan datang.
Malah Mahiaddin juga berkata demikian ketika menjawab soalan berkenaan kedudukan BERSATU bersama-sama PAS yang mengetuai pentadbiran di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Jelas Mahiaddin membuat keputusan tanpa persetujuan Hadi dan PAS.
PAS menerajui empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kerana parti itu yang menguasai keputusan di dalam Perikatan Nasional dan bukanlah kerana persetujuan Mahiaddin.
Adakah Mahiaddin belum faham bahawa PAS sedang memprotes dan memberi syarat-syarat tertentu? – Zakaria Mohd.
Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Bendahari Agung PN.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan, Seni & Budaya
- UMNO Berikan Peluang Kedua Kepada Pemimpin Yang Di Kenakan Tindakan Disiplin
- Mat Sabu Semakin Hilang Halatuju
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.