IOC tak layan aduan terhadap Presiden FIFA
IOC tak layan aduan terhadap Presiden FIFA

Paris: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak aduan yang dikemukakan pertubuhan hak asasi manusia, FairSquare terhadap Presiden FIFA, Gianni Infantino berhubung dakwaan melanggar peraturan berkecuali politik.
Jurucakap IOC berkata, Suruhanjaya Etika badan itu sudah meneliti aduan berkenaan secara menyeluruh sebelum memutuskan bahawa kes tersebut berada di luar bidang kuasanya.
FairSquare mendakwa Infantino berulang kali melanggar peraturan berkecuali politik IOC dengan memberikan sokongan politik kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
“Suruhanjaya Etika IOC meneliti aduan FairSquare secara menyeluruh.
“Suruhanjaya itu mendapati bahawa menurut Piagam Olimpik, setiap Persekutuan Antarabangsa mengekalkan kebebasan dan autonomi dalam tadbir urus masing-masing.
“Oleh itu, aduan itu berada di luar bidang kuasa Suruhanjaya Etika IOC,” kata jurucakap berkenaan kepada AFP.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN ‘Sambung Yang Tergendala’ – Mohamad
- Abdul Azeez Seru Pengundi India Berikan ‘Shakti’ Kepada Calon BN, Mereka Akan Berbakti
‘Jangan Terlebih Sudu’, Kerjasama Perlu Diperkukuhkan Dahulu – Saifullah
Sebagai anggota IOC, Infantino terikat dengan sumpah yang mewajibkan ahli bertindak secara bebas daripada kepentingan komersial dan politik, selain prinsip itu turut termaktub dalam Piagam Olimpik.
Pada Februari lalu, IOC turut menolak satu lagi kontroversi membabitkan kehadiran Infantino pada mesyuarat pertama Board of Peace yang dianjurkan Trump apabila beliau dilihat memakai topi merah bertulis “USA” dan “45-47”, merujuk kepada dua penggal presiden Trump.
Ketika itu, IOC memaklumkan pihaknya sudah berhubung dengan FIFA dan memahami badan bola sepak dunia itu sedang menyokong program pemulihan sukan di Gaza, Palestin menerusi pembangunan infrastruktur, pendidikan dan pembangunan atlet elit.
IOC menegaskan sokongan sedemikian selaras dengan peranan sebuah Persekutuan Sukan Antarabangsa dan pihaknya sendiri terus membantu pembangunan sukan di rantau berkenaan menerusi program Olympic Solidarity.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembangunan Di Negeri Sembilan Adalah Hasil ‘Air Tangan’ BN – Abdul Rahman
- RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026 Perkukuh Perlindungan Mangsa
- Mohd Asna Berazam Realisasikan Pembinaan Sekolah Di Lenggeng
Kontroversi hubungan Infantino dan Trump kembali menjadi perhatian selepas FIFA menganugerahkan Anugerah Keamanan sulung kepada Trump pada Disember lalu atas tindakannya yang disifatkan mempromosikan keamanan dan perpaduan dunia.
Isu itu semakin hangat ketika Piala Dunia 2026 apabila Trump mendakwa beliau menghubungi Infantino sebelum FIFA menggantung pelaksanaan hukuman penggantungan terhadap penyerang Amerika Syarikat, Folarin Balogun susulan kad merah diterimanya.
IOC tak layan aduan terhadap Presiden FIFA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mengapa Laporan RCI Tabung Haji Hanya Didedahkan Sekarang?
- 50,000 Peluang Pekerjaan Jadi Tarikan, Anak Muda Tetap Pilih Calon BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Warga UMNO Diseru Perkukuh Saf, Terus Berkhidmat Kepada Rakyat
You must be logged in to post a comment.