Rayuan Senegal berhubung penarikan gelaran Piala Negara-Negara Afrika didengar 8 Oktober

Rayuan Senegal berhubung penarikan gelaran Piala Negara-Negara Afrika didengar 8 Oktober

Rayuan Senegal berhubung penarikan gelaran Piala Negara-Negara Afrika didengar 8 Oktober
Pemain Senegal berbaris semasa lagu kebangsaan sebelum perlawanan menentang Arab Saudi di Toyota Field, San Antonio, Texas pada 9 Jun lalu. – Foto Reuters

Lausanne: Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menetapkan 8 Oktober depan sebagai tarikh pendengaran rayuan Senegal berhubung keputusan menarik balik gelaran Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) yang dimenangi mereka.

CAS dalam kenyataannya memaklumkan pendengaran itu akan berlangsung secara tertutup di ibu pejabat badan berkenaan di Lausanne.

Kontroversi tercetus selepas Senegal didapati kalah percuma dalam aksi final menentang Maghribi di Rabat pada 18 Januari lalu apabila pemain mereka bertindak meninggalkan padang sebagai membantah keputusan pengadil menghadiahkan penalti yang dianggap mampu mengubah keputusan perlawanan.

Walaupun kembali ke padang selepas 14 minit dan menang 1-0, Lembaga Rayuan Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF) pada Mac lalu membatalkan keputusan itu sebelum memberikan kemenangan 3-0 kepada Maghribi.

Keputusan berkenaan sekali gus menyaksikan gelaran juara AFCON ditarik daripada Senegal dan diserahkan kepada Maghribi.

Tindakan CAF itu mendapat bantahan kerajaan Senegal yang menggesa siasatan dijalankan, sebelum Persekutuan Bolasepak Senegal (FSF) membawa kes berkenaan ke CAS.

“Selepas pendengaran selesai, panel CAS akan memulakan proses perbincangan bagi membuat keputusan.

“Pada peringkat ini, CAS tidak dapat mengesahkan bila keputusan muktamad akan diumumkan, namun ia tidak akan dibuat pada hari pendengaran berlangsung,” menurut kenyataan badan itu.

Keputusan rayuan itu bakal menjadi penentu sama ada Senegal mampu mendapatkan semula gelaran AFCON atau keputusan CAF akan kekal berkuat kuasa.

Rayuan Senegal berhubung penarikan gelaran Piala Negara-Negara Afrika didengar 8 Oktober


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Warga UMNO Diseru Perkukuh Saf, Terus Berkhidmat Kepada Rakyat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker