Tiga wakil negara mara ke separuh akhir Cabaran Antarabangsa Remaja Malaysia
Tiga wakil negara mara ke separuh akhir Cabaran Antarabangsa Remaja Malaysia

Kuala Lumpur: Tiga wakil negara meneruskan kemaraan cemerlang ke separuh akhir Cabaran Antarabangsa Remaja Malaysia selepas mencatat kemenangan ke lawan masing-masing dalam aksi suku akhir di Stadium Titiwangsa, hari ini.
Dalam acara perseorangan lelaki, Tiew Wei Jie bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum menewaskan wakil Indonesia, Yudha Rendra Wijaya 14-21, 21-18, 21-13 dalam pertarungan selama 70 minit.
Bagi Wei Jie, dia gembira berjaya melangkah ke separuh akhir hasil tumpuan yang dikekalkan sepanjang perlawanan.
“Saya hanya kekal fokus sepanjang perlawanan,” katanya.
Menurutnya, semangat untuk menang menjadi pemangkin utama sehingga berjaya menamatkan aksi dengan kemenangan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN ‘Sambung Yang Tergendala’ – Mohamad
- Abdul Azeez Seru Pengundi India Berikan ‘Shakti’ Kepada Calon BN, Mereka Akan Berbakti
‘Jangan Terlebih Sudu’, Kerjasama Perlu Diperkukuhkan Dahulu – Saifullah
Seorang lagi wakil negara, Lim Boon Le turut mengesahkan tiket ke separuh akhir selepas menewaskan pemain Indonesia, Alif Akbar 21-18, 21-15.
Dalam acara beregu campuran pula, gandingan Isyraf Hafizin-Lee Joinne mempamerkan kebangkitan dramatik apabila menewaskan pasangan Indonesia, Azka Ghani Putri Wardhana-Genta Restu Handika 12-21, 24-22, 21-11.
Kata Isyraf, kemenangan itu hadir hasil kerjasama mantap antara mereka biarpun bermula kurang baik pada set pertama.
“Kami tidak bermain dengan baik pada set pertama, tetapi kami terus percaya kepada kemampuan sendiri dan berjuang sehingga berjaya bangkit untuk menang,” katanya.
Sementara itu, dalam acara perseorangan wanita, Lee Kay Xin turut mengiringi kemaraan rakan senegara ke separuh akhir selepas menewaskan Jang Sher Ling 21-12, 14-21, 21-18 dalam pertembungan sesama wakil Malaysia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mengapa Laporan RCI Tabung Haji Hanya Didedahkan Sekarang?
- 50,000 Peluang Pekerjaan Jadi Tarikan, Anak Muda Tetap Pilih Calon BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Warga UMNO Diseru Perkukuh Saf, Terus Berkhidmat Kepada Rakyat
You must be logged in to post a comment.