Wanita ditemui terdampar di dasar berpasir, maut ketika aktiviti selam

Wanita ditemui terdampar di dasar berpasir, maut ketika aktiviti selam

Wanita ditemui terdampar di dasar berpasir, maut ketika aktiviti selam
Berdasarkan laporan, Balai Polis Pulau Tioman menerima maklumat daripada Klinik Kampung Tekek berhubung mangsa meninggal dunia ketika menjalankan aktiviti menyelam pada jam 12.24 tengah hari 19 Julai lalu. – Foto Pexels.com

KUANTAN: Seorang wanita maut selepas ditemui terdampar di dasar berpasir ketika melakukan aktiviti menyelam di kawasan perairan Kampung Salang, Pulau Tioman, Rompin, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi, berkata mangsa dikenal pasti sebagai Heng Jing Ying, 31, dari Cheras, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mengesahkan kematian wanita warga tempatan itu berpunca daripada gelembung gas atau udara memasuki saluran darah arteri.

Setakat ini, katanya, hasil siasatan polis juga mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Walaupun kes SDR, beliau berkata, siasatan menyeluruh dijalankan bagi menentukan sama ada berlaku sebarang kecuaian oleh mana-mana pihak atau masalah teknikal.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Penyertaan Masyarakat Orang Asli Dalam Dasar Negara Perlu Diperkukuh


“Berdasarkan laporan, Balai Polis Pulau Tioman menerima maklumat daripada Klinik Kampung Tekek berhubung mangsa meninggal dunia ketika menjalankan aktiviti menyelam pada jam 12.24 tengah hari 19 Julai lalu.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa menyertai aktiviti ‘Aware Coral’ anjuran sebuah pusat aktiviti selaman, bersama rakannya di Kampung Genting pada 17 hingga 18 Julai lalu.

“Mangsa bersama sembilan peserta dan masing-masing seorang instruktor serta ‘dive master’ melakukan aktiviti fundive di Seafan, Batu Malang, Pulau Tulai.

“Sebelum aktiviti itu dijalankan, mangsa dan kumpulannya diberi taklimat berkaitan keselamatan serta penggunaan peralatan berkaitan walaupun mereka memiliki lesen menyelam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Namun ketika berada pada kedalaman 17.6 meter, Sharif Shai berkata, mangsa dipercayai hilang daripada kumpulannya sebelum usaha mencari dilakukan sekitar kawasan selaman.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hubungan Baik Dengan Rakyat Beri Kelebihan Kepada Ismail Pertahan Juasseh


Selepas kira-kira 30 minit pencarian, beliau berkata, mangsa dilaporkan ditemui terdampar di dasar berpasir tidak jauh dari kawasan selaman.

“Seterusnya, mangsa dibawa ke bot dan bantuan pernafasan diberikan tetapi tiada sebarang tindak balas.

“Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kampung Tekek untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, untuk bedah siasat.

Wanita ditemui terdampar di dasar berpasir, maut ketika aktiviti selam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Campur Adukkan PRN, PRU Dan Kerajaan Pusat – Dr Asyraf

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker