Rumah terbakar, wang tunai RM9,000 termasuk duit raya anak hangus

Rumah terbakar, wang tunai RM9,000 termasuk duit raya anak hangus

Rumah terbakar, wang tunai RM9,000 termasuk duit raya anak hangus
Fatin Izyani Daud dan anak melihat rumah mereka yang musnah terbakar di Kampung Kedai Baru, Banggu. – NSTP/SITI ROHANA IDRIS

KOTA BHARU: Bau asap yang kuat diikuti bunyi beberapa letupan kecil rupanya datang dari bilik tidur yang sedang terbakar.

Itu situasi cemas dialami Fatin Izyani Daud, 30, tengah hari tadi apabila kediaman didiaminya bersama enam ahli keluarga lain musnah terbakar.

Katanya, sebelum kejadian jam 12.40 tengah hari itu, dia yang berseorangan di rumah sedang melipat pakaian di dalam bilik sebelum terdengar bunyi letupan kecil.

“Tidak lama kemudian saya terhidu bau asap dan segera keluar dari bilik, kemudian ternampak api sudah memenuhi bilik ayah, malah bara dari kayu alang juga semakin banyak jatuh.

“Tanpa membuang masa, saya segera keluar rumah sehelai sepinggang, hanya sempat mencapai beg tangan, beberapa helai pakaian di ampaian serta basikal anak.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Penyertaan Masyarakat Orang Asli Dalam Dasar Negara Perlu Diperkukuh


“Saya menjerit memanggil ayah sebelum mula teringat dia sedang menjemput dua anak saya di sekolah,” katanya ketika ditemui di Kampung Kedai Baru, Banggu, di sini hari ini.

Fatin Izyani berkata, pada mulanya dia bercadang masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil barangan penting, namun melihat keadaan api yang terlalu marak, keputusan itu dibatalkan.

Dia hanya sempat menyelamatkan kereta Perodua Kelisa ke tempat selamat, manakala kereta bapanya, Toyota Avanza musnah bersama dua motosikal, masing-masing Yamaha RXZ dan Yamaha Lagenda milik ahli keluarga.

Kebakaran juga menjejaskan tingkat dua sebuah rumah dua tingkat milik ibu saudara Fatin Izyan yang terletak bersebelahan.

Pengusaha kek itu berkata, wang tunai berjumlah RM9,000, termasuk RM4,000 milik dua anaknya yang disimpan dalam almari di bilik tidur juga hangus.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hubungan Baik Dengan Rakyat Beri Kelebihan Kepada Ismail Pertahan Juasseh


“RM4,000 milik dua anak itu duit raya mereka. Memang saya cadang menyimpan di bank, cuma belum sempat. Semua peralatan membuat kek, antaranya peti sejuk dan tiga unit pembakar kek juga musnah.

“Sangat sedih kerana itulah punca sumber pendapatan saya,” katanya.

Rumah terbakar, wang tunai RM9,000 termasuk duit raya anak hangus


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Campur Adukkan PRN, PRU Dan Kerajaan Pusat – Dr Asyraf

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker