Pickford yakin England mampu halang Messi, sekat Argentina
Pickford yakin England mampu halang Messi, sekat Argentina

Kansas City: Penjaga gol England, Jordan Pickford, pernah mengharungi penentuan sepakan penalti Piala Dunia, aksi separuh akhir dan berdepan ramai bintang bola sepak dunia sepanjang kariernya, namun masih ada satu cabaran yang belum pernah ditempuh.
Apabila England menentang juara bertahan, Argentina, pada separuh akhir Piala Dunia di Atlanta, awal pagi Khamis, Pickford bakal berdepan Lionel Messi buat kali pertama dalam kariernya.
Bagi penjaga gol Everton berusia 32 tahun itu, perlawanan berkenaan cukup bermakna apabila dia mencipta rekod baharu England dengan membuat penampilan ke-18 di Piala Dunia ketika suku akhir menentang Norway, sekali gus mengatasi rekod legenda Peter Shilton.
Pickford mengakui masih mengingati kali terakhir England bertemu Argentina pada Piala Dunia 2002 ketika dia masih berusia lapan tahun.
“Saya masih ingat duduk di lantai dalam kelas apabila guru membawa masuk televisyen untuk kami menonton perlawanan itu. Saya tidak akan melupakan detik berkenaan,” katanya kepada wartawan.
Mengenai Messi, Pickford mengakui penyerang berusia 39 tahun itu adalah antara pemain terbaik pernah dilihatnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat Muak Fitnah Dan Politik Kebencian, BN Menang Besar Di Johor
- Zahid Hamidi Ucap Tahniah, Onn Hafiz Menteri Besar Johor
“Dia menjaringkan begitu banyak gol dan mencipta begitu banyak peluang sepanjang kariernya. Sangat istimewa akhirnya dapat berdepan dengannya selepas sekian lama saya membesar dengan menyaksikannya bermain,” katanya mengenai pemenang Ballon d’Or sebanyak lapan kali yang kini beraksi pada Piala Dunia keenam.
Bagaimanapun, Pickford mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak menganggap Argentina hanya bergantung kepada Messi.
“Kami semua tahu betapa hebatnya Messi, tetapi kami juga tahu betapa kuatnya Argentina.
“Kami sudah mengenal pasti kekuatan mereka dan juga kelemahan yang boleh kami manfaatkan,” katanya.
England hadir ke Piala Dunia sebagai antara pasukan pilihan dan berjaya mengharungi pelbagai tekanan sepanjang kejohanan, termasuk kemenangan ketika beraksi dengan 10 pemain menentang Mexico.
Menurut Pickford, semangat kekitaan menjadi senjata utama skuad kendalian Thomas Tuchel.
“Saya sentiasa berkata semangat berpasukan membawa anda ke tahap ini. Kemudian barulah kemampuan sebenar menyerlah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN: Undi BN Demi Mandat Kukuh Johor
- Balik Mengundi, Pilih BN Demi Masa Depan Johor
- Dr Zambry Bidas Nga Kor Ming, Tegaskan Keputusan Jemaah Menteri Perlu Dihormati
“Jika anda mempunyai semangat seperti yang kami miliki, itu adalah satu kelebihan yang sangat besar,” katanya.
Kemaraan Argentina ke separuh akhir turut diiringi pelbagai kontroversi membabitkan keputusan pengadil dan dakwaan mereka menggunakan pelbagai helah untuk mendapatkan kelebihan.
Namun Pickford menegaskan England tidak akan terpengaruh dengan perkara itu.
“Sepanjang kejohanan ini, anda dapat melihat keinginan kami untuk menjadi juara.
“Kami tidak terbabit dalam sebarang pergaduhan. Kami dihormati dalam bola sepak.
“Ada keputusan memihak kepada kami dan ada juga yang tidak, tetapi kami akan terus bangkit dan membiarkan bola sepak menjadi penentu.
“Selain Jarell Quansah yang digantung dua perlawanan, kami tidak mempunyai masalah penggantungan lain.
“Itu menunjukkan mentaliti kami. Kami tidak mudah terpengaruh dengan perkara seperti itu. Kami kekal fokus dan terus bersatu,” katanya.
Tuchel sebelum ini mengundang perhatian apabila secara terbuka mengkritik prestasi England walaupun menang ke atas Norway.
Pickford mengakui pasukan itu masih belum mempamerkan kemampuan sebenar.
“Seperti yang dikatakan pengurus, kami memiliki mentaliti dan semangat berpasukan yang tinggi, tetapi kami masih belum mencapai tahap terbaik.
“Kami berharap dapat mempamerkan aksi terbaik apabila diperlukan dan akan terus bekerja keras untuk meningkatkan prestasi kerana kami tidak boleh menganggap tugas sudah selesai hanya kerana berjaya menewaskan Norway,” katanya.
Pickford sebelum ini menjadi wira England pada Piala Dunia 2018 apabila menyelamatkan sepakan penalti Carlos Bacca sebelum Eric Dier menyempurnakan sepakan kemenangan untuk menghadiahkan England kemenangan pertama dalam penentuan sepakan penalti Piala Dunia.
Kini, Pickford berkata seluruh skuad mahu membalas kepercayaan penyokong yang terus mengimpikan kejuaraan dunia pertama England sejak 1966.
“Anda tahu bagaimana perasaan kami. Anda melihat sendiri sambutan kami selepas setiap perlawanan.
“Sokongan rakyat di tanah air amat kami hargai. Kami tahu betapa besarnya makna kejohanan ini kepada mereka dan juga kepada kami.
“Kami mahu mereka terus menikmati perjalanan ini kerana kami berjuang untuk mereka juga.
“Sejak 2018 lagi, matlamat utama adalah menyatukan seluruh negara.
“Kini kami sekali lagi berada di separuh akhir dan sedar Argentina adalah lawan yang sangat sukar, tetapi kami mahu menghadiahkan senyuman kepada semua penyokong England,” katanya.
Pickford yakin England mampu halang Messi, sekat Argentina
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPT Perluas Kolej Kediaman IPTA Melalui Kerjasama Awam-Swasta
- Pemantauan Digital Mampu Perkukuh Penguatkuasaan Rantaian Bekalan Padi Dan Beras
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.