Tuchel pertahan pendekatan keras

Tuchel pertahan pendekatan keras

Tuchel pertahan pendekatan keras
TUCHEL kekal tenang buru misi England. -FOTO Reuters

Atlanta: Thomas Tuchel dilantik sebagai pengendali England dengan satu misi yang cukup jelas iaitu membawa The Three Lions muncul juara Piala Dunia 2026.

Setakat ini, bekas jurulatih Chelsea, Paris Saint-Germain (PSG) dan Bayern Munich itu berjaya memenuhi harapan apabila England mara ke separuh akhir dan bakal berdepan juara bertahan, Argentina, awal pagi Khamis.

Tuchel sebelum ini berjaya mewujudkan suasana harmoni dalam kem England, malah sempat menari bersama pemain di bilik persalinan selepas kemenangan ke atas tuan rumah bersama, Mexico.

Namun nada pengendali dari Jerman itu berubah selepas kemenangan 2-1 ke atas Norway pada suku akhir apabila dia mengakui tidak berpuas hati dengan prestasi anak buahnya.

“Keputusan ini sangat hebat. Mara ke separuh akhir memang sesuatu yang membanggakan, tetapi saya tidak gembira dengan persembahan kami,” katanya.

Kenyataan itu mengundang reaksi daripada Jude Bellingham yang menjaringkan dua gol ketika England bangkit menewaskan Norway.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘RUU Kebebasan Maklumat Meningkatkan Akses Rakyat ’


“Apa sajalah… apa sajalah,” kata pemain tengah Real Madrid itu selepas mengharungi aksi selama 120 minit dalam cuaca panas di Miami.

Hubungan Tuchel dan Bellingham sememangnya bukan sesuatu yang mudah, namun insiden itu membuktikan pengendali berusia 52 tahun itu tidak pernah takut menyuarakan pandangannya.

Tuchel juga tidak terlalu memikirkan reaksi Bellingham walaupun pemain itu sudah meledak enam gol dan sekali lagi muncul wira England pada saat genting.

Persatuan Bolasepak England (FA) sememangnya sedar mengenai karakter Tuchel ketika melantiknya menggantikan Gareth Southgate pada 2024.

Southgate sebelum ini berjaya membentuk sebuah pasukan yang bersatu walaupun dibarisi pemain daripada kelab yang saling bermusuhan, namun gagal membawa England menjulang trofi selepas tewas di separuh akhir dan suku akhir Piala Dunia serta dua kali kalah di final Kejohanan Eropah (Euro).

Berbeza dengan Southgate, Tuchel dikenali sebagai jurulatih yang tegas dan berkarisma, selain memiliki rekod cemerlang apabila memenangi kejuaraan liga bersama PSG dan Bayern Munich.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bangsa Johor Sokong BN Demi Kestabilan Dan Kemajuan


Kejayaan terbesar dalam kariernya hadir apabila membawa Chelsea menjuarai Liga Juara-Juara Eropah 2021 selepas menewaskan Manchester City kendalian Pep Guardiola pada final di Porto.

Menjelang Piala Dunia 2026, Tuchel memilih skuad yang disifatkannya sebagai barisan “pakar” dengan mengetepikan beberapa nama besar termasuk Cole Palmer dan Trent Alexander-Arnold.

Keputusan itu mencetuskan pelbagai persoalan, namun Tuchel mengakui dia menikmati tekanan membuat keputusan besar.

Setakat ini, segala percaturannya menjadi.

Anthony Gordon yang dimasukkan sebagai pemain gantian mencipta dua bantuan gol untuk Harry Kane ketika England bangkit menewaskan Republik Demokratik Congo pada pusingan 32 terbaik.

Pada pusingan berikutnya pula, Tuchel membuat keputusan berani dengan memasukkan beberapa pemain pertahanan ketika England beraksi dengan 10 pemain sebelum mempertahankan kelebihan untuk menang 3-2 di Stadium Azteca.

Kini, satu lagi ujian besar menanti Tuchel apabila England hanya selangkah lagi untuk kembali ke pentas final Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun.

Tuchel pertahan pendekatan keras


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Jangan Lupa Janji!’, Armand Azha Ingatkan Nga Kor Ming

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker