15 pelancong India maut bot terbalik
15 pelancong India maut bot terbalik

HANOI – Sekurang-kurangnya 15 pelancong warga India disahkan terkorban selepas sebuah bot yang padat dengan penumpang terbalik ketika dalam perjalanan pulang daripada aktiviti melawat pulau di pulau peranginan popular, Phu Quoc, Vietnam kelmarin, lapor agensi berita The Sun UK.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 petang waktu tempatan, bot laju yang membawa 32 pelancong dan empat anak kapal itu dilaporkan terbalik secara tiba-tiba pada jarak kira-kira 400 meter dari pesisir pantai Phu Quoc, selepas bertolak dari Hon May Rut Ngoai.
Saksi mendedahkan keadaan laut yang bergelora serta reka bentuk bot yang tertutup menyebabkan ramai penumpang terperangkap di dalamnya, sekali gus menyukarkan usaha menyelamat.Pulau & Pantai
“Hanya beberapa orang sahaja yang berjaya dibawa keluar dalam keadaan sedar,” kata salah seorang pemilik bot pelancong berhampiran yang tiba di lokasi kejadian lima minit selepas insiden berlaku.
Operasi menyelamat yang digerakkan oleh pasukan pengawal sempadan dan tentera laut Vietnam berjaya menyelamatkan 21 mangsa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat Muak Fitnah Dan Politik Kebencian, BN Menang Besar Di Johor
- Zahid Hamidi Ucap Tahniah, Onn Hafiz Menteri Besar Johor
Bagaimanapun, 15 penumpang iaitu 13 lelaki dan dua wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kesemua mayat mangsa telah dibawa keluar, manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan.
Dalam satu hantaran di platform X, Kedutaan India di Vietnam menyifatkan insiden tersebut sebagai “tragedi”.
Mereka menambah: “Butiran tepat mengenai insiden ini sedang dikenal pasti memandangkan operasi mencari dan menyelamat oleh pihak berkuasa tempatan masih lagi berjalan.”
Punca kejadian bot terbalik itu masih belum jelas dan penyiasat telah memulakan siasatan terhadap insiden maut tersebut. – AGENSI
15 pelancong India maut bot terbalik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPT Perluas Kolej Kediaman IPTA Melalui Kerjasama Awam-Swasta
- Pemantauan Digital Mampu Perkukuh Penguatkuasaan Rantaian Bekalan Padi Dan Beras
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.