Warga emas melambung ditanduk bison
Warga emas melambung ditanduk bison

WASHINGTON – Seorang warga emas parah selepas ditanduk seekor bison jantan agresif di Taman Negara Yellowstone, di Amerika Syarikat lapor akhbar New York Post.
Klip video kejadian memaparkan mangsa yang melambung ke udara kerana serangan haiwan tersebut juga tular di media sosial.
Menurut akhbar tempatan Cowboy State Daily, rakaman video menunjukkan mangsa cuba menyelamatkan diri dengan berlari di sebalik kelompok pokok pain selepas haiwan liar itu mula bertindak agresif sejurus selesai berkubang di dalam debu.
Bison seberat beratus-ratus kilogram itu kemudian meluru ke arah mangsa dan menanduknya, menyebabkan dia melayang setinggi kira-kira 2.4 meter.
Jurugambar yang menjadi saksi kejadian, Mike MacLeod berkata, bison tersebut pada mulanya turut cuba menyerang sekumpulan kanak-kanak yang sedang merakam gambar dari jarak jauh.
“Saya terpaksa menarik perhatian bison itu kerana bimbang mangsa akan terus ditanduk dan dipijak. Saya berhenti merakam, berlari ke arah haiwan tersebut sambil menjerit sekuat hati untuk menakut-nakutkannya,” kata MacLeod yang kemudian bergegas membantu mangsa bersama orang awam selepas haiwan itu beredar. – AGENSI
Warga emas melambung ditanduk bison
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPT Perluas Kolej Kediaman IPTA Melalui Kerjasama Awam-Swasta
- Pemantauan Digital Mampu Perkukuh Penguatkuasaan Rantaian Bekalan Padi Dan Beras
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.