Pintu BAM masih terbuka buat Zii Jia

Pintu BAM masih terbuka buat Zii Jia

Pintu BAM masih terbuka buat Zii Jia
ZII Jia menyatakan dirinya tidak bercadang kembali ke BAM. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersedia membenarkan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berlatih bersama-sama badan induk namun beberapa perkara teknikal perlu diperhalusi terlebih dahulu.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, perkara berkenaan bukanlah sesuatu yang baharu malah pernah dibincangkan sebelum ini termasuk mendapat pandangan daripada Pengerusi Jawatankuasa Prestasi, Datuk Seri Lee Chong Wei.

Katanya, secara prinsipnya BAM tidak mempunyai sebarang halangan, namun proses kelulusan daripada Ahli Majlis BAM (Council) perlu diperoleh terlebih dahulu.

“Perkara ini sudah pun disebut oleh Datuk Seri Lee Chong Wei. Pada dasarnya BAM tiada masalah dan kita hanya perlu memperkemaskan beberapa perkara. Salah satunya adalah mendapatkan kelulusan daripada Ahli majlis.

“Itu sahaja. Malah perkara ini juga bukan baharu kerana sebelum ini kita pernah menjemput beliau untuk berlatih bersama,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik


Mengulas sama ada situasi itu mampu memberi manfaat kepada pemain muda, beliau menjelaskan perkara berkenaan bergantung kepada perancangan program latihan yang akan ditentukan kelak.

“Kita perlu lihat dahulu program latihannya serta sama ada dia akan berlatih bersama pemain elit atau pemain pelapis. Perkara ini akan diperincikan oleh Jawatankuasa Prestasi,” katanya.

Sebelum ini, Zii Jia menyatakan dirinya tidak bercadang kembali ke BAM tetapi terbuka menyertai sesi perlawanan latihan secara berkala di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Namun, perancangan itu masih di peringkat perbincangan kerana ia membabitkan beberapa perkara termasuk peraturan badan induk itu.

Pintu BAM masih terbuka buat Zii Jia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlis ‘Dubai Kedua’: Fathulbari Persoal Tindakan Kerajaan Negeri

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker