Tudor sedih Juventus terlepas tiga mata
Tudor sedih Juventus terlepas tiga mata

Rome: Pengurus Juventus, Igor Tudor, meluahkan rasa kecewa tetapi tetap memuji usaha pasukannya selepas mereka kehilangan tiga mata pada minit akhir perlawanan dalam aksi seri 1-1 menentang Lazio di Serie A, Sabtu lalu.
Randal Kolo Muani meletakkan Juventus di depan pada babak kedua, namun kelebihan kepada Lazio selepas Pierre Kalulu dilayangkan kad merah pada minit ke-60.
Juventus terpaksa beraksi dengan 10 pemain, tetapi pertahanan mereka akhirnya dimalukan apabila Matias Vecino menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan.
“Walaupun kecewa, kita perlu mengucapkan tahniah kepada pemain, kerana kita hanya satu minit lagi untuk membawa pulang tiga mata.
“Ia adalah satu persembahan yang kukuh, dan kami akan ambil satu mata ini serta fokus kepada perlawanan seterusnya,” kata Tudor kepada wartawan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
Mengulas mengenai kad merah Kalulu, Tudor menyentuh berkaitan kekurangan pengalaman pemain muda yang masih belajar mengendalikan tekanan dalam perlawanan besar.
“Kekurangan pengalaman memang memberi kesan, kami membayar harga atas kesilapan ini, tetapi kami akan belajar dengan cepat dan terus maju,” ujar Tudor.
Tudor turut menjelaskan keputusan beliau mengeluarkan Vasilije Adzic dan Francisco Conceicao untuk membawa masuk Dusan Vlahovic serta Federico Gatti, satu langkah yang mengejutkan ramai.
“Saya minta maaf kepada kedua-dua pemain itu, tetapi itu adalah pertukaran yang tepat untuk kebaikan pasukan,” tambahnya.
Tudor sedih Juventus terlepas tiga mata
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
You must be logged in to post a comment.