Suami isteri maut nahas, dua anak yatim piatu sekelip mata
Suami isteri maut nahas, dua anak yatim piatu sekelip mata
BAGAN SERAI – Dua beradik menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapa mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 181, Lebuh Raya Utara -Selatan arah selatan di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian sekitar jam 3.20 petang itu, anggota tentera, Mohammad Anas Awang, 32, dan isterinya, Siti Hafissah Zamri, 34, maut di tempat kejadian.
Anak mereka lelaki berusia lapan tahun dan perempuan berusia enam tahun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, maklumat diterima daripada orang awam memaklumkan terdapat kemalangan melibatkan melibatkan kereta jenis Mazda RX8 dan Perodua Kancil.
Menurutnya, kemalangan itu berlaku apabila kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas hingga melanggar penghadang jalan di bahagian kiri.
“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kereta Mazda RX8 yang dinaiki sebuah keluarga dari arah Pulau Pinang menghala ke Taiping dengan memandu di lorong kanan.
“Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang jalan sebelum terlanggar Perodua Kancil yang dipandu di lorong kiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mazuki berkata, akibat kemalangan itu pemandu kereta telah tercampak ke atas jalan raya dan disahkan meninggal dunia.
“Pada masa sama, penumpang hadapan turut disahkan meninggal dunia dalam kenderaan terbabit.
“Dalam kemalangan ini, dua kanak-kanak dan dua wanita yang merupakan pemandu dan penumpang kereta Perodua Kancil berusia 26 dan 65 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Jelas beliau, kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sinar
Suami isteri maut nahas, dua anak yatim piatu sekelip mata
Baca Artikel Menarik :
- Kongsi suara suami lafaz cerai buat ramai sebak
- Armada dibawah Wan Fayhsal gagal – Armada Bersatu
- SPRM lucut hak RM540,000, 8 keping emas milik bekas KSU
- Saya akan terus membela diri dan menegakkan kebenaran di mahkamah dunia – Najib
- Netizen geram lihat pelajar jadikan rakan ‘punching bag’
- PrnSarawak: Ali Biju tidak boleh tarik diri
- Ambil kira siasatan ‘pemain utama’ skandal 1MDB
- Ebit Lew bergambar dengan samseng jalanan Rio De Janeiro
- Jejaka Sarawak kahwin dua wanita serentak
- Menteri Kewangan perlu bertaubatlah, banyak kes bunuh, jenayah akibat arak
- Rider ditindas: Mana SUHAKAM? Malulah ada agensi sebegini
Layari Laman Facebook MYKMU</a
‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta
You must be logged in to post a comment.